Senator Doris_Sophia_Brodi

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada 26 Januari 2012.

Doris Sophia, 52, yang juga Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai senator mewakili kerajaan negeri Sarawak pada 12 Mac 2010. Beliau adalah Naib Presiden PRS.

Dua senator lain yang turut mengangkat sumpah ialah Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Rahmani @ Rohani Abdullah.Firdaus adalah Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rahmani pula ialah Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Temph khidmat mereka selama tiga tahun dan tidak boleh disambung.Pelantikan Firdaus, 68, adalah untuk penggal kedua, manakala Rahmani, 65, adalah kali pertama. [1]