Douglas_DC-5
Douglas_DC-5

Douglas_DC-5

Douglas DC-5, merupakan model yang paling sedikit diketahui umum. Ia adalah sebuah pesawat berkipas yang dibina untuk penerbangan berjulat lebih pendek berbanding dengan DC-3 atau DC-4. Ketika ia memasuki pasaran, kebanyakkan penerbangan membatalkan tempahan mereka kerana tercetusnya Perang Dunia II dan pada masa yang sama, Douglas telah bertukar pengeluarannya kepada produk lebih bersifat ketenteraan.Hanya 5 DC-5 dibina iaitu 1 prototaip dan 4 memasuki perkhidmatan. Walaupun begitu, protaip DC-5 menjadi pesawat peribadi William E. Boeing manakala syarikat beliau, Boeing telah bertukar kepada produksi penuh ketenteraan. 4 pesawat lainnya dijual kepada KLM dan digunakan untuk penerbangan subsidi di koloni Belanda. Kemudiannya, 2 daripadanya digunakan di Australia dan DC-5 terakhir diseludupi ke Israel untuk tujuan ketenteraan. Rekaan untuk Tentera Amerika Syarikat pula ialah C-110. Model Tentera Laut Amerika Syarikat pula ialah R3D