Ringkasan Drama_3_Hero_Pencen_Dalam_Kain_Ketat_Isabela

Drama 3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela mengisahkan mengenai golongan yang baru hendah pencen kerja bertemu dengan remaja yang cantik jelita di kota raya Kuala Lumpur. Ia memaparkan kisah 3 orang lelaki yang baru hendak pencen kerja dan merancang percutian mereka di Kuala Lumpur. 3 lelaki itu ialah Ghafor (Zaibo), Jayos (MR OS) dan Mahmud ( Bob Lokman).

Di Kuala Lumpur mereka terpikat dengan seorang gadis yang bernama Isabella yang bekerja sebagai GRO. Mereka bertiga berkenalan dengan Isabella di tempat yang berlainan dan masing-masing menaruh hati tanpa antara mereka bertiga mengetahuinya.

Isabella pula adalah nama samaran yang digunakan oleh Nurbella yang ingin membalas dendam kepada lelaki-lelaki. Isabella yang sebenar telah mati 6 tahun yang lalu dan kematiannya disaksikan oleh Nurbella, adik Isabella.

Isabella/Nurbella setiap hari menggoda lelaki ditempat kerjanya dan mengenakankan mereka dengan mengikis harta serta memperbodoh-bodohkan lelaki yang berjaya digodanya.

Ghafor, Jayos dan Mahmud akhirnya mengetahui bahawa Isabella yang sebenar telah mati dan mereka juga tahu bahawa Isabella/Nurbella terpaksa bekerja sebagai GRO hanya kerana ingin membalas dendam terhadap kematian kakaknya yang dirogol oleh lelaki bernama Zen.