Drama_Cinta_100kg

Cinta 100kg adalah drama bersiri komedi Malaysia 2016 arahan Megat Shah Rizal terbitan Playground Productions Sdn Bhd. Drama ini disiarkan di TV3 melalui Slot Dahlia bermula 5 Mac hingga 9 April 2016 pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.00 petang. Dibintangi oleh Sherry Alhadad, Sharifah Amani, Fezrul Khan, Ungku Hariz, Ruzana Ibrahim dan Zain Saidin. Drama ini yang mengetengahkan tema percintaan dan persahabatan.[1]