Watak Drama_Nur

Watak Utama

Seorang wanita muda yang berminat untuk mendalami ilmu agama walaupun dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang pelacur. Nur seorang wanita yang baik, tabah, dan cekal dalam mengharungi pelbagai ujian yang diberikan. Walaupun ujian yang dihadapinya sungguh berat, dia tidak pernah meninggalkan solatnya. Dia juga berhasrat untuk keluar dari 'dunia lorong' dan menjalani kehidupan yang normal sebagai seorang hamba Allah. Nur juga pernah bertemu dengan beberapa lelaki yang dia sangka boleh mengubah hidupnya namun sangkaannya salah. Setelah Nur dikecewakan oleh beberapa lelaki, Nur bertekad untuk berusaha sendiri mengubah nasibnya namun kehidupannya mula berubah apabila Nur bertemu dengan seorang Ustaz muda yang bernama Adam Syafiq Kyle.

Seorang lelaki muda yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam dan dibesarkan dalam keluarga yang mempraktikkan ajaran Islam dengan sepenuhnya. Adam merupakan seorang lelaki yang pemalu namun sangat bijak. Adam merupakan seorang graduan daripada sebuah universiti di Jordan. Adam merupakan anak Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah. Ayahnya, seorang pendakwah terkenal dan disegani masyarakat. Pada suatu hari, ketika Adam selesai solat Subuh berjemaah di sebuah masjid milik ayahnya, Adam bertemu dengan seorang wanita muda Amyra Rosli sedang menulis soalan di atas sekeping kertas untuk ditanyakan ketika kuliah Subuh nanti. Wanita itu sedar akan kehadiran Adam lalu lari keluar dari masjid tanpa sempat menghabiskan soalannya.

Watak Sampingan

Aisyah merupakan anak kepada Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah serta kakak kepada Adam dan Amirul. Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dan juga suka mendesak orang lain terutamanya Adam untuk menurut kehendaknya. Aisyah tidak pernah menerima Nur sebagai adik iparnya malah membencinya kerana latar belakang hidup Nur yang 'gelap'. Dia juga sering mendesak Adam supaya menceraikan Nur dan berkahwin dengan Qhadeeja.

Suami kepada Aisyah, seorang ustaz dan pengetua sekolah tahfiz dan anak yatim (Darul Mukhsin). Walaupun dia seorang ustaz, dia kerap mengunjungi 'lorong' untuk melanggan pelacur.

Bapa kepada Aisyah, Adam, dan Amirul. Seorang pendakwah yang baik hati dan disengani oleh masyarakat. Beliau juga merupakan pemilik dan penaung sebuah sekolah tahfiz dan anak yatim yang bernama "Darul Mukhsin".

Ibu kepada Aishah, Adam, dan Amirul. Seorang isteri yang sentiasa menyokong kerja dakwah suaminya. Ibu yang penyanyang dan tegas terhadap anak-anaknya. Beliau pada mulanya tidak menerima Nur sebagai menantu kerana malu dengan latar belakang Nur tetapi lama-kelamaan menerima Nur apabila mengetahui kisah yang sebenarnya.

Qhadeeja merupakan anak kepada Datuk Tajuddin dan Datin Orkid. Qhadeeja merupakan seorang doktor yang sangat baik dan pemalu. Qhadeeja juga menyimpan rasa cinta kepada Adam dan mahu menjadi isteri Adam. Walaupun Adam melayan Qhadeeja seperti acuh tak acuh, namun Qhadeeja terus berusaha untuk mendapat perhatian Adam.Wanita cantik ini juga matang dan mampu melupakan ('move on') Adam setelah Adam berkahwin dengan Nur

Mona merupakan ibu kepada Nur dan juga seorang pelacur. Walaupun sikapnya agak kasar terhadap Nur, tetapi Mona sangat mengambil berat dan sayangkan Nur.

  • Amirul (Raja Atiqullah)

Amirul merupakan anak bongsu kepada Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah. Amirul seorang yang rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua pelajar di sebuah sekolah tahfiz milik bapanya. Amirul turut membantu Adam mencari Nur sehingga jumpa. Amirul juga pada mulanya tidak menerima Nur kerana ejekan rakan-rakannya tetapi akhirnya menerima Nur setelah menyedari kisah sebenarnya tentang kehidupan Nur.

Bapa kepada Qhadeeja.

  • Marzuki (Elmy Moin)

Lelaki yang pernah mengecewakan hati Nur. Sekarang dia menjadi teman lelaki Ibu Nur dan juga 'bapa ayam'.

Seorang lelaki yang baik dan juga kawan kepada Nur. Pernah cuba mengajak Nur lari dari 'dunia lorong' namun gagal setelah dia dibelasah oleh Marzuki dan kawan-kawannya. Mukhriz juga merupakan rakan sejawat Qhadeeja di sebuah hospital. Mukhriz juga menyimpan perasaan terhadap Qhadeeja.

Ibu kepada Qhadeeja. Beliau pernah bersekongkol dengan Aishah untuk memusnahkan rumah tangga Adam dan Nur agar Adam dapat mengahwini anaknya Qhadeeja.

  • Jojo (Jijie Zainal)

Kawan baik Nur yang selalu bersama Nur dan memberikan kata-kata semangat kepada Nur.