Cabaran Drop_The_Beat

Drop The Beat dibahagikan kepada tiga pusingan iaitu pusingan kelayakan, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. Menerusi pusingan kelayakan, hanya enam pemenang akan dipilih ke peringkat separuh akhir. Namun contender yang tidak berjaya melepasi pusingan kelayakan, masih berpeluang untuk ke separuh akhir menerusi pusingan Second Chance. Di pusingan separuh akhir, hanya lapancontender akan bertanding untuk merebut empat tempat di pusingan akhir di mana hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi dijadikan taruhan.

Naib Juara juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000 manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Menerusi pusingan kelayakan (Episod 1 – Episod 6), empat contender akan diberikan dua cabaran iaituLip Sync Mengikut Tema dan Lip Sync Spontan. Mereka juga akan bersaing dalam pusingan Game di mana beberapa cabaran akan diberikan dalam pusingan ini antaranya Humming Challenge, Bisik-Bisik, Lirik Dalam lagu, Translate Lagu ini, Go-Stan lagu, Certeka dan banyak lagi. Satu peserta yang mendapat markah tertinggi daripada juri akan mara ke pusingan separuh akhir.

Pusingan Second Chance pula bakal menyaksikan contender yang tidak berjaya di pusingan kelayakan diberikan peluang kedua untuk beraksi bagi merebut dua tempat ke peringkat separuh akhir.

Pada pusingan separuh akhir (Episod 8 dan 9), empat contender akan bersaing pada setiap episod dan perlu melalui tiga cabaran iaitu Lip Sync Mengikut Tema, Sudden Death dan Lip Sync Spontan.

Pentas Akhir Drop The Beat pula akan menyaksikan empat contender membuat persembahan menerusi Lip Sync Mengikut Tema (Duet) di mana contender dibenarkan membawa rakan selebriti ke pentas untuk membantu persembahan mereka dan menerusi pusingan Lip Sync Solo. Contender juga akan diberikan peluang untuk mendapatkan markah tambahan dalam pusingan Game.

Penonton pastinya akan terhibur dengan aksi bersahaja selebriti-selebriti kesayangan mereka membawakan tema-tema yang dipersembahkan dalam Drop The Beat. Antara tema yang akan dipersembahkan ialah Kpop, Era Hitam Putih, Rock, Music Icon, Dance Dance Dance, Wayang Lebih, Hip Hop, Bollywood, dan Irama Malaysia.