Sinopsis Dua_Hati

Nadia adalah anak kapten kapal laut yang mendapat pendidikan kebaratan, manakala kawan baiknya, Kyra pula dididik dengan penuh adat ketimuran. Sekalipun Nadia dan Kyra mempunyai latar belakang berbeza, namun mereka boleh menjadi sahabat baik apabila kedua-duanya melanjutkan pengajian di sebuah kolej swasta terkemuka. Hubungan Nadia dan Kyra mula menjadi dingin apabila populariti Kyra mengatasi Nadia sehinggakan anak pengetua yang kini bertugas di kolej berkenaan, turut jatuh cinta kepada Kyra. Pada masa yang sama, Nadia mempunyai seorang teman lelaki, Amin (lakonan Iqram). Selain menjadi teman lelakinya, Amin juga menjadi budak suruhannya apabila semua tugasan Nadia, Amin yang menyiapkannya. Nadia juga sanggup tidur dengan sesiapa saja asalkan hajat menjadi popular tercapai dalam sekelip mata. Selepas satu insiden, Kyra sanggup berkorban demi kawan baiknya itu walaupun dirinya sentiasa dicemburui oleh Nadia.

Berkaitan