Ringkasan Dua_Kali_Lima_(filem)

Mengisahkan persaingan perniagaan antara Kulob Kecil (Udo Omar) dan Kulob Besar (Ahmed Nisfu) yang tiada hentinya. Mereka bersaing dari kawasan perniagaan hinggalah ke rumah. Kedua mereka mengusahakan perniagaan berasaskan tekstil dan fesyen, premis perniagaan mereka juga sebelah menyebelah.

Ani (Anita) Atun (Zaitun) dan Ana (Rohana) Atan (Dahlan) masing-masing anak kepada K. Kecil dan K. Besar. mereka mula berkawan tetapi bapa mereka tidak. 2 keluarga ini duduk di rumah sewa milik Sarah.

OK Mat yang berkereta mewah cuba memikat Ana, Abdul Wahid juga cuba bersaing dengan OK Mat untuk merebut cinta Ana. Keadaan jadi tak keruan bila mereka bersengketa kerana Ana bersama OK Mat, tetapi Abdul Wahid dan Ani juga tidak senang melihat mereka bahagia. Mereka berdamai dengan Ani bersama Ok Mat dan Ana bersama Abdul Wahid.

Disebabkan saling bersaing tanpa memikirkan kesan jangka panjang, strategi perniagaan Kulob Kecil dan Besar gagal dan dilanda masalah kewangan.

Abdul Wahid dan OK Mat juga tidak digemari oleh bapa pasangan masing masing-masing. Tetapi mereka berusaha keras untuk memenangi hati bapa pasangan mereka dengan membantu melangsaikan hutang piutang. Kulob Besar dan Kecil kini bekerjasama dibawah satu bumbung sebagai Kulob Bersatu.