Kerjaya Duncan_Laurence

Awal kerjaya

Dilahirkan di Spijkenisse, Laurence membesar di Hellevoetsluis. Beliau telah kerjaya muzik di Akademi Rock di Tilburg, bermain dengan beberapa kugiran sekolah,[1] termasuk kugirannya sendiri, The Slick and Suited. Kugiran beliau tersebut telah ditubuhkan pada 2013 dan telah membuat persembahan di Eurosonic Noorderslag.[4][5]

2014–18: The Voice of Holland

Laurence telah menyertai The Voice of Holland mmusim kelima dengan memilih Ilse DeLange sebagai jurulatihnya. Beliau telah mara sehingga ke separuh akhir sebelum tersingkir. [6] Pada tahun 2017, beliau tamat belajar di Akademi Rock.[7] Laurence bersama Jihad Rahmouni, telah menulis lagu "Closer" untuk album duo K-pop, TVXQ, New Chapter #1: The Chance of Love.[8]

2019: Pertandingan Lagu Eurovision

Pada Januari 2019, Laurence telah dipilih untuk mewakili Belanda dalam Pertandingan Lagu Eurovision2019. Lagu beliau "Arcade" telah dikeluarkan pada Mac 2019. Pada 18 Mei 2019, Duncan Laurence telah dipilih memenangi pertandingan tersebut yang dipertandingkan di Tel Aviv, Israel dengan mata sebanyak 492 dari 41 juri antarabangsa dan undian penonton. Para juri telah memberi mata sebanyak 231 mata manakala penonton memberi beliau undian sebanyak 261 mata. Markah beliau melebihi 27 mata berbanding pencabar terdekat beliau dari Itali dan 123 mata pencabar dari Rusia. Kemenangan ini menjadikan Laurence sebagai peserta Belanda yang kelima memenangi pertandingan tersebut sejak kali pertama dimenangi oleh Teach-In pada tahun 1975.[9]

Rujukan

WikiPedia: Duncan_Laurence https://escunited.com/netherlands-duncan-laurence-... https://eurovoix.com/2019/03/06/the-netherlands-du... https://www.instagram.com/p/BpPKG_lit5i/ https://www.radiotimes.com/news/tv/2019-05-16/euro... https://duncandemoor.wordpress.com/the-slick-and-s... https://duncanlaurence.nl/ https://www.nu.nl/songfestival/5696852/duncan-laur... https://www.vestingpop.nl/ https://web.archive.org/web/20190121213558/https:/... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Duncan...