Plot Dunia_Baru_The_Movie

Filem ini bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah (Anne Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas). Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.

Semasa di lebuhraya,ada tiga orang iaitu Citrawana menyimbah minyak di atas jalan raya menyebabkan Tajul dan geng-gengnya menundur kereta. Tajul dan geng-gengnya menhantar keretanya ke bengkel.