Dunia_terbuka

Dunia terbuka, rayau bebas atau kotak pasir merupakan istilah untuk permainan video di mana pemain boleh merantau bebas di sekitar dunia maya. Mereka diberi kebebasan dari segi masa dan cara untuk mendekati sesuatu objektif. Hal ini bertentangan dengan permainan video yang lain yang mempunyai struktur yang lebih linear dalam permainan mereka. Permainan video yang menggunakan dunia terbuka biasanya tidak mempunyai dinding halimunan dan paparan muatan yang lazim terdapat di rekaan peringkat linear. Secara umumnya, permainan video dunia terbuka masih melaksanakan pelbagai batas dalam persekitaran permainan, sama ada kerana batas teknikal mutlak atau batas dalam-permainan disebabkan oleh kelinearan permainan. Contoh autonomi tahap tinggi dalam permainan komputer boleh didapati dalam permainan video berperanan multipemain atas talian (MMORPG)  atau dalam permainan pemain tunggal yang menggunakan konsep dunia terbuka seperti siri Fallout. Tarikan utama permainan dunia terbuka ialah ia menyediakan realiti yang disimulasi dan membolehkan pemain membangunkan watak dan perlakuan mereka. Dalam kes ini, lazimnya tiada matlamat konkrit atau penamat permainan. Beberapa permainan popular dan terbaharu yang menggunakan konsep ini adalah seperti: Xenoblade Chronicles X, Final Fantasy XV, Watch Dogs, The Witcher 3: Wild Hunt, The Elder Scrolls V: Skyrim, Grand Theft Auto V dan Minecraft.