Dunkirk (2017 filem)

Dunkirk adalah sebuah filem perang 2017 yang ditulis, dihasilkan bersama, dan diarahkan oleh Christopher Nolan diproduksi bersama antara United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis dan Belanda untuk Warner Bros. Pictures. Ia dibintangi Fionn Whitehead, Tom Glynn-Carney, Jack Lowden, Harry Styles, Aneurin Barnard, James D'Arcy, Barry Keoghan, Kenneth Branagh, Cillian Murphy, Mark Rylance dan Tom Hardy. Filem ini mengisahkan peristiwa pemindahan Dunkirk semasa Perang Dunia Kedua dari tiga sudut pandang - tanah, laut, dan udara - dengan sedikit dialog dan hanya kesan visual dan muzik sahaja digunapakai untuk menimbulkan rasa saspens.Penggambaran bermula pada Mei 2016 di Dunkirk, Perancis, dan berakhir pada bulan September di Los Angeles, di mana tahap pasca-produksi juga bermula. Pakar sinematografi Hoyte van Hoytema membikin filem ini dalam format IMAX 65 mm dan stok filem format 65 mm besar. Ia menggunakan banyak kesan khas termasuki penggunaan beribu-ribu pelakon tambahan, penggunaan model bot yang terlibat dalam pemindahan Dunkirk sebenar serta dan menggunakan pesawat yang sesuai untuk jujukan udara.Filem ini ditayangkan pada 13 Julai 2017 di Odeon Leicester Square di London, England dan ditayangkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 21 Julai 2017 memlui format IMAX, filem 70 mm dan 35 mm. Filem ini telah mengutip sebanyak lebih dari$ 336 juta di seluruh dunia dan menerima pujian kritis untuk rancangan dan arahan Nolan, arahan dan sinematografi, dengan beberapa pengkritik menyebutnya filem terbaik Nolan hingga kini, serta salah satu filem perang terbesar yang pernah dibuat.

Dunkirk (2017 filem)

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Hans Zimmer
Disunting oleh Lee Smith
Pengarah Christopher Nolan
Syarikat-syarikatpenerbitan
Penulis Christopher Nolan
Penerbit
Pecah panggung $336.4 million[5]
Mula ditayangkan 13 Julai 2017 (2017-07-13) (Odeon Leicester Square)
19 Julai 2017 (France)
20 Julai 2017 (Netherlands)
21 Julai 2017 (UK / US)
Sinematografi Hoyte van Hoytema
Tempoh tayangan 106 minutes[3]
Dibintangi oleh Fionn Whitehead
Tom Glynn-Carney
Jack Lowden
Harry Styles
Aneurin Barnard
James D'Arcy
Barry Keoghan
Kenneth Branagh
Cillian Murphy
Mark Rylance
Tom Hardy
Negara
Pengedar Warner Bros. Pictures[1]
Perbelanjaan $100 million[5]