Dōtaku
Dōtaku

Dōtaku

Dōtaku (銅鐸) ialah loceng bercirikan Jepun yang dibuat daripada peleburan gangsa dan sering dihiasi dengan ukuran unik. Doutaku digunakan selama 400 tahun, dianggarkan diantara abad ke 2 S.M. dan pengakhiran zaman Yayoi. Ianya digunakan hanya untuk perhiasan dan majlis adat. Ukiran perhiasan di Doutaku selalunya berunsur haiwan dan alam semulajadi seperti labah-labah, pepatung dan sepertinya. Ahli sejarahwan percaya yang Doutaku digunakan untuk majlis adat untuk mendoakan hasil pertanian yang bagus. Hal ini kerana unsur ukiran di Doutaku selalunya ialah pemangsa yang memakan serangga yang memusnahkan tanaman padi. Menurut cerita rakyat Jepun, dōtaku digunakan sebagai loceng kecemasan (seperti loceng di menara pemerhati); bertujuan untuk memberi bunyi amaran bahaya terutamanya dalam ancaman pencerobohan, terutamanya penceroboh dari semenanjung Korea. Apabila kedatangan penceroboh dikesan, orang akan membunyikan dōtaku dengan kuat sebagai bunyi penggera, supaya orang ramai boleh menyembunyikan diri atau harta benda mereka, dan untuk memberi amaran kepada pahlawan untuk mempersiapkan diri untuk melawan penceroboh.Terdapat sebuah muzium doutaku[1] yang khusus pada loceng tersebut di Yasu city, di Shiga prefecture..