EPROM
EPROM

EPROM

EPROM (jarang dirujuk sebagai EROM), atau Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara-Padam (EPROM) erasable programmable ("read only memory"), merupakan jenis ingatan litar bersepadu yang mengekalkan datanya apabila bekalan kuasanya ditutup. Dalam erti kata lain, ia tidak mudah meruap. Ia merupakan jujukan transistor pintu-terapung ("floating-gate") diprogram setiap satu oleh peranti eletronik yang membekalkan voltan lebih tinggi berbanding yang biasa digunakan pada litar digital. Apabila diprogram, EPROM boleh dipadamkan dengan mendedahkannya kepada lampau ungu yang kuat dari sumber cahaya wap-raksa. EPROM mudah dikenali melalui tingkap kuartz lekat lutsinar pada bahagian atas paket, melaluinya cip silikon dapat dilihat, dan membenarkan cahaya lembayung ungu semasa pemadaman.