Operasi EPROM

Pembangunan sel ingatan EPROM bermula dengan penyiasatan kerosakan litar bersepadu di mana sambungan pintu transistor rosak. Caj tersimpan pada pintu terasing ini bertukar ciri-cirinya. EPROM dicipta oleh Dov Frohman dari Intel pada tahun 1971, yang diberikan paten Amerika Syarikat 3660819[1] in 1972.

A cross-section of a floating-gate transistor

Setiap lokasi penyimpanan EPROM terdiri daripada satu transistor kesan medan. Setiap transistor kesan medan terdiri daripada saluran dalam peranti semikonduktor. Sumber dan penyalur hubungan dilakukan pada penghujung saluran. Lapisan penebat oksida dibentuk di atas saluran, kemudian elektrod pintu pengalir (silikon atau aluminium) diletakkan, dan lapisan oksida yang labih tebal diletakkan pada pintu elektrod. Elektrod pintu terapung tidak memiliki sambungan kepada bahagian-bahagian lain litar bersepadu dan terlindung sepenuhnya oleh lapisan oksida disekelilingnya. Elektrod pintu kawalan diletakkan dan oksida tambahan menyelitupinya. [2]

Bagi mencapai data dari EPROM, alamat mewakili nilai pada pin alamat bagi EPROM dinyahkod dan digunakan bagi menyambung satu perkataan (biasanya 8-bit byte) simpanan pada penguat penimbal keluaran. Setiap bit perkataan adalah 1 atau 0, bergantung kepada simpanan transistor dihidupkan atau dimatikan, pengalir atau bukan pengalir.

Keadaan suis transistor kesan medan dikawal oleh voltan pada pintu kawalan transistor. Kehadiran voltan pada pintu ini mencipta laluan konduktif pada transistor, menghidupkannya. Malah, caj tersimpan pada pinu terapung membenarkan voltan ambang pada transistor diprogramkan.

Menyimpan data pada ingatan memerlukan memilih alamat yang diberi dan memberikan vltan lebih tinggi kepda transistor. Ini mencipta limpahan nyahcaj elektron, yang memiliki cukup tenaga bagi melepasi lapisan oksida penebat dan berkumpul pada elektrod pintu. Apabila voltan tinggi dialih, elektron terperangkap pada elektrod. [3] Disebabkan nilai penebatan tinggi pada oksida silikon mengelilingi pintu, caj tersimpan tidak mudah bocor keluar dan data boleh disimpan selama berkurun.


Kebanyakan EPROMS boleh dikenal pasti oleh aturcara melalui "mod tanda tangan" dengan memaksa 12V pada pin A9 dan membaca dua byte data. Bagaimanapun, oleh kera ini bukan sejagat, perisian aturcara juga patut membenarkan penetapan secara insani oleh pengilang dan jenis peranti bagi cip untuk memastikan perisian yang tepat.[4]

Jenis EPROMTahunSaiz — bitSaiz — bytePanjang (hex)Alamat terakhir (hex)
1702, 1702A19712 Kbit256100FF
270419754 Kbit5122001FF
270819758 Kbit1 KB4003FF
2716, 27C16, TMS2716, 2516197716 Kbit2 KB8007FF
2732, 27C32, 2532197932 Kbit4 KB1000FFF
2764, 27C64, 256464 Kbit8 KB20001FFF
27128, 27C128128 Kbit16 KB40003FFF
27256, 27C256256 Kbit32 KB80007FFF
27512, 27C512512 Kbit64 KB10000FFFF
27C010, 27C1001 Mbit128 KB200001FFFF
27C0202 Mbit256 KB400003FFFF
27C040, 27C4004 Mbit512 KB800007FFFF
27C0808 Mbit1 MB100000FFFFF
27C16016 Mbit2 MB2000001FFFFF
27C32032 Mbit4 MB4000003FFFFF

[5]