Ebiet G. Ade
Ebiet G. Ade

Ebiet G. Ade

Ebiet G. Ade (lahir di Banjarnegara, Jawa Tengah, 21 April 1954; umur 65 tahun) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu berbangsa Indonesia. Ebiet terkenal kerana lagu-lagunya yang bertemakan alam sekitar dan penderitaan golongan tersisih. Dengan lagu-lagunya yang ber-genre balada, pada awal kerjayanya, beliau 'memotret' suasana kehidupan Indonesia dari akhir tahun 1970-an hingga sekarang. Tema lagunya beragam, tidak hanya tentang cinta, tetap ada juga lagu-lagu bertemakan alam, sosio-politik, bencana, agama, keluarga, dll. Sentuhan muziknya dapat mendorong pembaharuan pada dunia muzik pop Indonesia. Kebanyakan lagunya ditulisnya sendiri, beliau tidak pernah menyanyikan lagu yang dicipta oleh orang lain, kecuali lagu Mengarungi Keberkahan Tuhan yang ditulis bersama dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Ebiet G. Ade

Pekerjaan Penyanyi
Ibu bapa Aboe Dja'far (ayah)
Saodah (ibu)
Pasangan Koespudji Rahayu Sugianto
Anak Abietyasakti "Abie" Ksatria Kinasih
Aderaprabu "Dera" Lantip Trengginas
Byatriasa "Yayas" Pakarti Linuwih
Segara "Dega" Banyu Bening
Tahun aktif 1979 - kini
Instrumen Vokal, gitar
Laman web http://www.ebietgade.com/
Kelahiran Abid Ghoffar Aboe Dja'far
(1954-04-21) 21 April 1954 (umur 65)
Wanadadi, Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia
Genre Pop, folk, country, jazz