Matlamat Ecma_International

Ecma bermatlamat untuk membangun piawaian serta laporan teknikal bagi memudahkan serta memiawaikan penggunaan teknologi komunikasi maklumat dan elektronik pengguna; menggalakkan penggunaan piawai yang betul dengan mempengaruhi persekitaran pada mana ia dipakai; kemudian menerbitkan piawaian serta laporan tadi dalam bentuk elektronik dan cetakan. Terbitan-terbitan Ecma, termasuk piawaian, boleh disalin dengan bebas oleh pihak-pihak berminat tanpa kekangan hak cipta. Pembangunan piawaian dan laporan teknikal dilakukan dalam kerjasama dengan pertubuhan kebangsaan, Eropah dan antarabangsa yang sesuai.

Berbeza dengan badan-badan pemiawaian kebangsaan, Ecma ialah sebuah pertubuhan berasaskan keahlian. Proses pemiawaiannya adalah kurang birokratik yang lebih tertumpu kepada mendapatkan hasil menerusi kesepakatan.

Selama lebih 50 tahun Ecma telah menyumbang kepada pemiawaian sedunia dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi dengan giat. Lebih daripada 400 piawaian dan 100 laporan teknikal Ecma telah diterbitkan, lebih 2/3 daripadanya telah dipakai sebagai piawaian dan/atau laporan teknikal antarabangsa.