Agama Ecuador

Fail:Quito SF.jpgIglesia de San Francisco, Quito, Ecuador

Lebih-kurang 68% dari penduduk Ecuador berugama Roman Catholic dan ramai yang mengamalkan ugama itu. Di kawasan-kawasan pendalaman amalan-amalan kepercayaan lama bercampur-aduk dengan amalan ugama Kristian.

Seperti di setiap negera Amerika Latin yang lain, penganutan ugama Protestan telah meningkat dengan tinggi, terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman yang miskin. Golongon-golongan yang mengikut ugama lain seperti Jehovah's Witness dan The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints (Mormons) juga didapati sedang meningkat.

Terdapat penganut ugama Islam tetapi jumlah mereka hanya beberapa ribu sahaja. Masyarakat Yahudi adalah dalam lingkungan 1000 orang dan kebanyakannya berasal dari Jerman dan Itali.

Terdapat juga sebilangan kecil yang masih berugama Sephardic Jews (Judeo-Spanish Jews). Kebanyakan nenek-moyang mereka ini sudah memeluk ugama Kristian.

Makanan

Makanan di Ecuador adalah sangat berbeza mengikut ketinggian dan juga keadaan pertanian. Babi, ayam, daging dan “cuy” (guinea pig) yang dihidangkan dengan berbagai jenis bijirin dan ubi kentang atau nasi adalah makanan yang digemari di kawasan pergunungan. Babi panggang (hornado) dengan ubi kentang sering dijual di kawasan ini. Fanesca, sup yang terkenal di Ecuador dibuat dengan berbagai jenis kekacang mengikut musim seperti kacang hijau, kacang lima, kacang lupini, kacang fava atau chochos yang mengandungi susu dan sering dihidangkan dengan ikan kering sejuk.

Terdapat berbagai jenis buah-buahan terutama sekali di kawasan-kawasan rendah. Makanan laut sangat digemari di kawasan pantai, terutamanya udang dan udang galah segar. Makanan yang dibuat dari Plantain dan kacang tanah adalah asas kebanyakan makanan di kawasan pantai. Biasanya jamuan makanan dimulakan dengan hidangan sama ada sup cair (caldo) yang boleh mengandungi daging ataupun sup sayur berkrim (caldo de leche). Selepas itu makanan kedua segundo yang selalunya mengandungi nasi, masakan kuah pekat (menestra) daging atau ikan serta sayur-sayuran. Patacones sangat digemari sebagai makanan sampingan di kawasan pantai.

Sebahagian daripada jenis makanan yang biasa di kawasan pantai adalah: ceviche, pan de almidón, corviche, guatita, encebollado dan empanadas; dan di kawasan pergunungan termasuk: hornado, fritada, tamales, llapingachos, dll.

Di kawasan hutan hujan makanan biasa ialah ubi kayu (yuca). Ubi dikupas kulitnya dan direbus atau digoreng atau digunakan dalam berbagai jenis masakan. Terdapat banyak jenis buah-buahan di kawasan ini.