Kerjaya Eddie_Pak

1980-an

Eddie Pak (Dr. MK Pak DHum(hc)) memulakan penglibatannya dalam industri filem pada tahun 1980 apabila beliau mengunjungi Hong Kong. Di situ, beliau telah bekerjasama dengan banyak pelakon, pengarah dan penerbit filem yang terkenal.[nyatakan menurut siapa?]

Pada 1985, beliau berjaya mengharumkan namanya dengan menjadi pengarah ‘Kumpulan O[1]’, sebuah filem kolaborasi antara Hong Kong dan Malaysia. Beliau telah mengarah dan melibatkan diri dalam penulisan skrip untuk beberapa program berbahasa Cina. Di samping itu, beliau juga telah mengarah sebuah rancangan hiburan untuk RTM TV (salah satu saluran televisyen kebangsaan Malaysia).

1990-an

Pada tahun 1990, Eddie (MK) memulakan kerjaya dalam penghasilan filem dengan menjadi pengarah. Dengan itu, beliau telah mengarah beberapa drama dan filem yang ternama.

Salah satu pencapaian terpenting dalam profesion Eddie (MK) merupakan drama ‘Kisah Benar’ TV3 yang dikonseptualisasikan dan diterbit oleh beliau dan rancangan tersebut disiarkan selama 16 tahun. ‘Kisah Benar’ sebenarnya adalah insiden-insiden benar yang dijadikan adaptasi siri drama televisyen untuk memberi kesedaran terhadap kes-kes jenayah yang berlaku disekeliling kami semua.

Pada tahun 1993, beliau menerbit dan mengarah filem “Red Haired Tumbler di Malaya”. Filem tersebut dilancar di Britain, Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1998, beliau turut menerbit dan mengarah filem “Twisted of Fate”. Filem tersebut dilancar di Hong Kong dan China. Seterusnya, filem ini boleh ditonton melalui DVD atau secara online.

2000s

Pada tahun 2001, Eddie (MK) telah menjadi pengasas bersama dan bendahari bagi Persatuan Pengarah Filem Malaysia.[perlu rujukan]

Pada tahun 2004 pula, beliau berjaya menghasil sebuah siri drama bertajuk “Tin Gei Bin” juga dikenali sebagai “Lingkaran Emas” dalam bahasa Kantonis di saluran RTM. Siri drama tersebut telah disiarkan selama 300 episode.

Seterusnya, “Dance, The Lion” by terhasil pada tahun 2007 adalah antara karya filem cemerlang MK. Dokumentasi tersebut dilanjutkan selama 50 minit menonjolkan kebudayaan dan keunikan tarian tradisi kaum Cina.[perlu rujukan]Setelah banyak tahun Eddie (MK) menerbit dan mengarah filem dan drama, beliau melibatkan diri dalam penghasilan komersial bagi televisyen. Pada tahun 2007, beliau sering memberi sokongan dan bekerjasama dengan bakat-bakat yang baru dalam industri filem dunia untuk mengeluarkan beberapa filem pendek.

2010s

Pada tahun 2013, Eddie (MK) telah menjadi CEO kepada Lexus Global Entertainment Sdn. Bhd. Seterusnya, pada tahun 2015, beliau berjaya menjadi duta yang berwarganegara bukan China, kepada Oragnisasi Small and Middle-sized Enterprise Credit Union China.

Pada tahun 2018 pula, beliau dianugerahkan ijazah kedoktoran terhormat dalam bidang Kemanusiaan dari Kolej All Nations, Filipina.