Karier Eddie_Redmayne

Filem dan televisyen

Redmayne membuat penampilan filem pertamanya dalam Like Minds pada tahun 2006.[7] Redmayne telah muncul dalam filem-filem seperti The Good Shepherd, Powder Blue, Savage Grace, The Other Boleyn Girl, Hick, Glorious 39 dan Jupiter Ascending. Beliau membintangi sebagai Osmund dalam Black Death.[8] Beliau mempunyai peranan dalam The Yellow Handkerchief yang ditayangkan pada 26 Februari 2010.[9][10]

Beliau membintangi sebagai Colin Clark dalam My Week with Marilyn. Beliau juga mempunyai peranan sebagai Marius Pontmercy dalam filem muzikal 2012, Les Misérables.[11][12] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Stephen Hawking dalam The Theory of Everything, dimana beliau memenangi Anugerah Akademi, BAFTA, Golden Globe dan Screen Actors Guild bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[13][14]

Redmayne membuat penampilan skrin pertamanya pada tahun 1998 dalam sebuah episod Animal Ark.[15] Kredit televisyennya termasuk minisiri BBC, Tess of the d'Urbervilles, The Pillars of the Earth dan Birdsong.[16]

Pada bulan Jun 2015, ia telah diumumkan bahawa Redmayne akan membintangi sebagai Newt Scamander dalam adaptasi filem Fantastic Beasts and Where to Find Them, sebuah spin-off siri filem Harry Potter dengan skrip oleh J. K. Rowling.[17][18]

Redmayne membintangi filem biografi, The Danish Girl, diarahkan oleh Tom Hooper. Beliau membintangi sebagai Lili Elbe.

Rujukan

WikiPedia: Eddie_Redmayne http://collider.com/kristen-stewart-and-eddie-redm... http://www.debretts.com/people/biographies/browse/... http://www.dreadcentral.com/news/38390/fantasia-20... http://ethnicelebs.com/eddie-redmayne http://insidemovies.ew.com/2011/11/01/eddie-redmay... http://www.heatworld.com/2015/03/heat-unearths-edd... http://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/eddie... http://www.imdb.com/name/nm1519666/ http://www.nytimes.com/2010/02/26/movies/26yellow.... http://www.reuters.com/article/2015/02/23/us-award...