Edgar Allan Poe
Edgar Allan Poe

Edgar Allan Poe

Edgar Allan Poe (/p/; nama asalnya Edgar Poe; 19 Januari 1809 – 7 Oktober 1849) adalah seorang penulis, editor serta pengkritik sastera dari Amerika Syarikat. Poe dikenali melalui karya-karya cerita pendek dan sajaknya, terutamanya dalam genre-genre misteri dan seram. Beliau dianggap sebagai tokoh utama dari gerakan Romantisme di Amerika Syarikat dan kesusasteraan negara tersebut secara keseluruhannya, dan beliau adalah salah satu penulis cerita pendek yang terawal di negara tersebut.Karya-karya Poe telah dianggap umumnya sebagai pencetus genre fiksyen siasatan serta antara penyumbang utama genre fiksyen sains.[1] Beliau adalah penulis yang pertama di negara Amerika Syarikat yang cuba menyarakan hidupnya sendiri melalui penulisan, justeru dia hidup dalam keadaan yang begitu susah sepanjang kerjaya penulisannya.[2]

Edgar Allan Poe

Tandatangan
Pasangan Virginia Eliza Clemm Poe (1835–47; kematiannya)
Kematian 7 Oktober 1849(1849-10-07) (usia 40)
Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat
Info kelahiran Edgar Poe
19 Januari 1809
Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat
Pusat pendidikan Universiti Virginia
Akademi Tentera Amerika Syarikat