Ediakaran
Ediakaran

Ediakaran

Satu gambaran peta dunia ketika pertengahan Ediakaran. (600 ma)Zaman atau Tempoh Ediakaran[1] ialah satu zaman geologi yang menjangkaui 94 juta tahun bermula dari berakhirnya Zaman Cryogenian 635 juta tahun dahulu (Mya) hinggalah bermulanya Zaman Kambria 541 Mya. Ia menandakan berakhirnya Eon Proterozoik, dan bermulanya Eon Fanerozoik. Ia dinamakan sempena Bukit Ediacara di Australia Selatan.[2]Zaman Ediakaran sebagai zaman rasmi geologi disahkan oleh International Union of Geological Sciences (IUGS) pada tahun 2004, menjadikan Ediakaran zaman geologi pertama yang dikelaskan selepas 120 tahun.[3][4]Walaupun zaman ini mengambil namanya dari Bukit Ediacara di mana ahli geologi Reg Sprigg menjumpai fosil eponim biota Ediacara pada tahun 1946[5], bahagian bawah stratanya adalah ditemui di dasar Enorama Creek[6] dalam Brachina Gorge[7][8] di Flinders Ranges di Australia Selatan, pada 31°19′53.8″S 138°38′0.1″E / 31.331611°S 138.633361°E / -31.331611; 138.633361.

Rujukan

WikiPedia: Ediakaran http://www.samuseum.sa.gov.au/page/default.asp?sit... http://www.abc.net.au/catalyst/stories/s1785092.ht... http://www.abc.net.au/news/2013-08-03/sa-pastoral-... http://members.tripod.com/~Cambrian/IntrotoEdiacar... http://www.ucmp.berkeley.edu/vendian/vendian.html //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15286353 //doi.org/10.1080%2F00241160500409223 //doi.org/10.1126%2Fscience.1098803 http://www.ediacaran.org/flinders-ranges-south-aus... http://www.stratigraphy.org/bak/geowhen/stages/Edi...