Edward_II_dari_England
Edward_II_dari_England

Edward_II_dari_England

Edward II (25 April 1284 – 21 September 1327), juga dipanggil Edward dari Carnarvon, adalah Raja England bermula pada tahun 1307 sehingga beliau diturunkan dari takhta pada bulan Januari 1327. Beliau merupakan anak lelaki ke-4 dari Edward I, Edward menjadi pewaris raja ke atas takhta selepas kematian abang beliau Alphonso. Bermula pada tahun 1300, Edward menenami bapa beliau dalam kempen-kempen untuk mengamankan Scotland, dan pada tahun 1306 telah disatriakan dalam satu upacara besar-besaran di Westminster Abbey. Selepas kematian bapa beliau, Edward menaiki takhta pada tahun 1307. Beliau mengahwini Isabella, anak perempuan kepada seorang Raja Philip IV dari Perancis yang berkuasa, pada tahun 1308, sebagai sebahagian daripada usaha-usaha panjang untuk menyelesaikan ketegangan antara takhta England dan Perancis.

Edward_II_dari_England

Pemerintahan 8 Julai 1307 – 20 Januari 1327
Ayahanda Edward I, Raja England
Pemakaman 20 Disember 1327
Katedral Gloucester, Gloucestershire, England
Pasangan Isabella dari Perancis (k. 1308)
Bonda Eleanor, Countess Ponthieu
Kerabat Plantagenet
AnakandaButiran
Kemangkatan 21 September 1327 (umur 43)
Istana kota Berkeley, Gloucestershire
Kemahkotaan 25 Februari 1308
Didahului oleh Edward I
Keputeraan 25 April 1284
Istana kota Caernarfon, Gwynedd, Wales
Diikuti oleh Edward III