Westminster_Abbey
Westminster_Abbey

Westminster_Abbey

Gereja Berkolej St Peter di Westminster (Bahasa Inggeris: Collegiate Church of St Peter at Westminster), sering dirujukkan secara masyhur dan tidak rasmi sebagai Gereja Westminster ([Westminster Abbey] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), ialah sebuah gereja Goth utama besar, di Westminster, London, di arah barat Istana Westminster. Ia merupakan tempat tradisional untuk upacara kemahkotaan dan tapak pengebumian untuk raja Inggeris, kemudiannya British dan kemudian lagi (dan masih) raja Alam Komanwel. Ia pernah memegang status katedral buat sebentar, dari tahun 1546–1556 M, dan merupakan sebuah Royal Peculiar.Westminster Abbey ditadbir oleh Dekan dan Chapter Westminster, seperti yang ditubuhkan oleh Piagam Diraja Ratu Elizabeth I pada 1560, yang menciptanya sebagai Gereja Berkolej St Peter Westminster dan sebuah Royal Peculiar di bawah bidang kuasa peribadi Raja. Ahli-ahli Chapter adalah Dekan dan empat Qanun pemastautin, dibantu oleh Receiver General dan Chapter Clerk. Salah seorang Qanun juga adalah Rektor St Margaret’s Church Westminster Abbey (yang kini juga memegang jawatan Paderi bagi Pengerusi Dewan Rakyat). Selain daripada Dekan dan Qanun pada masa kini ada dua qanun muda sepenuh waktu, seorang presentor dan yang lagi satu succentor. Pejabat Vikar Paderi telah dicipta pada 1970-an untuk membantu qanun muda. Bersama dengan Padri and Receiver General dan Chapter Clerk pelbagai Lay Officer membentuk Kolej, termasuk Pemain Organ dan Ketua Penyanyi Koir Gereja, Pendaftar, Juruaudit, Setiausaha Guaman, Juruukur Fabrik, Guru Besar Sekolah Koir, Penyimpan Muniment dan Setiausaha Kerja, serta 12 Lay Vicar dan 10 penyanyi koir dan High Steward dan High Bailiff. Ada juga empat puluh Cendekiawan Ratu yang merupakan murid di Westminster School (sekolah ini memiliki Badan Pentadbirannya sendiri). Mereka yang paling terlibat dengan hal liturgi dan istiadat adalah dua Qanun Muda dan Pemain Organ dan Ketua Penyanyi Koir Gereja.Gereja ini dibina dalam zaman pemerintahan Edward si Pengaku antar tahun 1042–1052 M.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Westminster_Abbey http://digitalurban.blogspot.com/2005/08/westminst... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.heraldicsculptor.com/bathcres.html http://www.keithshortsculptor.com/westminsterabbey... http://www.paradoxplace.com/Photo%20Pages/UK/Brita... http://www.shipoffools.com/Mystery/mws_05/reports/... http://prpm.dbp.gov.my/ http://www.ofchoristers.net/Chapters/WestminsterAb... http://www.newadvent.org/cathen/15598a.htm/ http://whc.unesco.org/en/list/426