Pertabalan_raja_British

Kemahkotaan raja British ialah istiadat (khususnya, upacara perasmian) raja British mengenakan mahkota dan dianugerahi alat kebesaran diraja. Upacara kemahkotaan ini setaraf dengan upacara pertabalan atau kemahkotaan di negara-negara lain.Kemahkotaan biasanya dilakukan beberapa bulan selepas kemangkatan raja terdahulu, kerana kemahkotaan dianggap peristiwa gembira yang tidak sesuai apabila masih dalam tempoh berkabung. Sebagai contoh, Elizabeth II dimahkotakan pada 2 Jun 1953, walaupun sudah menaiki takhta pada 6 Februari 1952, pada hari kemangkatan ayahandanya. Ini juga memberikan masa untuk persediaan dilakukan.Upacara ini dijalankan oleh Ketua Biskop Canterbury, paderi paling kanan bagi Mazhab Gereja England. Beliau dibantu para paderi lain dan kaum bangsawan. Ramai pegawai kerajaan dan tetamu ketua negara asing yang hadir.Unsur-unsur penting kemahkotaan ini kekal tidak berubah selama seribu tahun yang lalu. Raja baharu mula-mula diperkenalkan, dan mendapat sanjungan daripada, rakyat. Baginda kemudian mengangkat sumpah untuk menegakkan undang-undang dan Gereja. Berikutan itu, raja disalep dengan minyak, dimahkotakan, dan dianugerahi alat kebesaran diraja, sebelum menerima penghormatan daripada rakyat.