Pengangkutan Eindhoven

Kereta Api

Eindhoven mempunyai dua stesen kereta api utama iaitu Eindhoven Centraal dan Eindhoven Beukenlaan. Eindhoven Centraal menyediakan perkhidmatan antarabandar ke bandar-bandar utama Belanda seperti The Hague, Utrecht dan Rotterdam.

Eindhoven Beukenlaan pula menyediakan perkhidmatan kereta api ke bandar-bandar terdekat seperti Tilburg dan Den Bosch.[6]

Bas

Stesen bas Neckerspoel merupakan stesen bas pusat untuk bandar ini. Perkhidmatan bas dalam bandar dan antarabandar serta perkhidmatan Phileas, pengangkutan generasi baru disediakan di stesen ini.[6]