Einsteinium

Templat:Elementbox periodblockEinsteinium ialah suatu unsur kimia dalam jadual berkala yang memiliki lambang Es dan nombor atom 99. Logam sintetik unsur transuranium yang sangat radioaktif ini merupakan anggota siri kimia aktinida dan dihasilkan dengan menembakkan neutron pada plutonium dan ditemui pada sisa uji kaji bom hidrogen pertama. Namanya diambil sempena nama Albert Einstein dan belum diketahui penggunaannya. Ujian dengan menggunakan isotop 253Es menunjukkan bahawa unsur ini memiliki sifat kimia khas trivalen berat unsur aktinida.