Ekinokokosis
Ekinokokosis

Ekinokokosis

Ekinokokosis, juga dipanggil penyakit hidatithidatidosis, atau penyakit ekinokokal, merupakan sejenis penyakit parasit yang berpunca daripada cacing pita jenis Ekinokokus. Manusia menghidap dua jenis penyakit utama, iaitu, ekinokokosis sistik dan ekinokokosis alveolar. Terdapat dua bentuk ekinokokosis polisistik dan ekinokokosis unisistik yang jarang dijumpai.  Penyakit ini sering bermula tanpa simptom dan keadaan ini boleh berlanjutan selama bertahun-tahun. Simptom dan tanda yang berlaku bergantung pada tempat dan saiz sista. Penyakit alveolar biasanya bermula di dalam hati tetapi boleh merebak ke bahagian badan yang lain seperti paru-paru atau otak.  Apabila hati dijangkiti, individu tersebut mungkin mengalami sakit abdomen, susut berat badan, dan menjadi kuning. Penyakit paru-paru boleh mengakibatkan sakit dada, sesak nafas dan batuk.[1] Penyakit ini merebak apabila makanan atau air yang mengandungi telur parasit ini dimakan atau melalui sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti.[1] Telur dikeluarkan dalam najis haiwan makan daging yang dijangkiti oleh parasit ini.[2] Haiwan yang biasa dijangkiti termasuk: anjing, rubah dan serigala.[2] Untuk haiwan ini dijangkiti, ia mesti makan organ haiwan yang mengandungi sista, seperti biri-biri atau tikus.[2] Jenis penyakit yang tercetus dalam kalangan manusia bergantung pada jenis Ekinokokus yang menyebabkan jangkitan. Diagnosis biasanya dibuat menggunakan ultrabunyi. Akan tetapi, tomografi berkomputer (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) juga boleh digunakan. Ujian darah yang melihat kehadiran antibodi yang melawan parasit ini boleh membantu, begitu juga dengan biopsi.[1] Pencegahan penyakit sistik ialah dengan merawat anjing yang mungkin membawa penyakit dan pemvaksinan biri-biri. Rawatan sering kali sukar. Penyakit sistik boleh disalir keluar melalui kulit diikuti dengan ubat.[1] Kadangkala, penyakit jenis ini hanya diperhatikan.[3] Jenis alveolar seringkali memerlukan pembedahan diikuti dengan ubat.[1] Ubat yang digunakan ialah albendazole yang mungkin diperlukan selama bertahun-tahun.[1][3] Penyakit alveolar boleh membawa maut.[1]Penyakit ini berlaku di kebanyakan kawasan di dunia dan pada masa ini, menjangkiti kira-kira satu juta penduduk dunia. Di beberapa kawasan di Amerika Selatan, Afrika dan Asia, sehingga 10% daripada penduduk tertentu dijangkiti.[1] Pada tahun 2010, ia menyebabkan kira-kira 1200 kematian, iaitu satu penurunan daripada 2000 kes kematian pada tahun 1990.[4] Kos ekonomi penyakit ini dianggarkan pada kira-kira 3 bilion dolar AS setahun.  Ia boleh menjangkiti haiwan lain seperti khinzir, lembu dan kuda.[1]

Rujukan

WikiPedia: Ekinokokosis http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb4048.htm http://www.emedicine.com/med/topic1046.htm http://www.emedicine.com/med/topic629.htm http://www.liveleak.com/view?i=516_1382964471 http://www.dpd.cdc.gov/dpdx/HTML/ImageLibrary/A-F/... http://www.cdc.gov/dpdx/echinococcosis/index.html http://www.cdc.gov/dpdx/echinococcosis/tx.html //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23245604