Komposisi Elastin

Gentian elastin badan terbentuk daripada penggabungan elastin amorfik dan fibrilin. Kedua-dua komponen ini dihasilkan daripada beberapa asid amino yang lebih kecil seperti glisina, valina, alanina dan prolina.[2][3] Jumlah kandungan elastin ini menjangkau dari 58 hingga 75% berat pembuluh arteri tanpa lemak dalam arteri anjing biasa.[4]

Genom mamalia hanya mempunyai satu gen untuk tropoelastin iaitu ELN. Gen ELN manusia terdiir daripada segemen berukuran 45 kb segment pada kromosom 7 dan mempunyai 34 ekson yang berselang-selikan hampir 700 intron, dengan eksonnya yang pertama bertindak sebagai suatu peptida isyarat yang menegarahkan penyetempatan luaran sel. Bilangan intron yang banyak menunjukkan bahawa proses gabungan semula genetik boleh menyumbang kepada ketidakstabilan gen lalu membawa kepada penyakit tertentu seperti SVAS. Penglahiran mRNA tropoelastin dikawal atur secara ketatnya oleh lapan tapak mula transkripsi yang berbeza.