Geografi Elefantin

Elefantin 1,200 meter (3,900 ka) panjang dari utara ke selatan, dan 400 meter (1,300 ka) lebar pada titik terluasnya. Seluruh pulau ini dan pulau-pulau lain yang berdekatan di Aswan boleh dilihat dari lereng bukit tebing barat Sungai Nil. Pulau ini terletak di hilir Riam Pertama, di sempadan selatan Mesir Hulu dengan Nubia Hilir.

Pulau ini mungkin dinamakan sempena bentuknya, yang dari atas serupa dengan gading gajah, ataupun daripada batu-batu di sepanjang tebingnya yang menyerupai gajah.