Elizabeth_Monroe
Elizabeth_Monroe

Elizabeth_Monroe

Elizabeth Kortright Monroe (1768-23 September 1830) merupakan isteri kepada James Monroe. James Monroe ialah Presiden kelima Amerika Syarikat.Elizabeth Monroe dilahirkan dalam sebuah keluarga di New York. Apabila beliau adalah seorang gadis pada umur 17 tahun, beliau berkahwin dengan James Monroe. Pada masa itu, Monroe adalah seorang peguam. Beliau berusia 27 tahun. Kerajaan menghantar Monroe sebagai duta ke Versailles. Beliau juga pergi bersama-sama dengan suaminya.[1]Semasa tahun terakhir, Elizabeth Monroe menjadi sakit. Beliau lebih menjauhkan diri daripada orang. Sesetengah orang berpendapat dia menjadi orang yang suka membanggakan diri. Tetapi, suami beliau sentiasa memahami masalah-masalahnya. Selepas sakit yang lama, beliau meninggal dunia pada 23 September 1830 di rumahnya di Oak Hill pada usia 62.