Ellen_Burstyn
Ellen_Burstyn

Ellen_Burstyn

Ellen Burstyn (lahir Edna Rae Gillooly; Disember 7, 1932) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Kariernya bermula di teater ketika lewat era 1950an dan untuk beberapa dekad seterusnya, beliau mempunyai peranan dalam filem dan siri televisyen.Lakonan Burstyn dalam filem 1971, The Last Picture Show mendapatkan beliau pencalonan pertama Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik dimana selepas itu beliau berpindah daripada peranan sokongan kepada peranan utama dalam filem dan pentas. Burstyn menerima pencalonan Anugerah Akademi kedua untuk lakonannya dalam The Exorcist (1973) dan memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik pada tahun berikutnya untuk lakonannya dalam Alice Doesn't Live Here Anymore.Pada tahun 1975, beliau memenangi Anugerah Tony untuk lakonannya dalam produksi Broadway, Same Time, Next Year serta menerima Anugeraha Golden Globe dan pencalonan keempat Anugerah Akademi untuk lakonannya dalam versi filem 1978 lakonan pentas itu.Burstyn telah bekerja secara konsisten dalam filem, televisyen dan teater dan menerima banyak anugerah termasuk tujuh pencalonan tambahan Anugerah Golden Globe, lima pencalonan Anugerah Emmy (menang dua) dan dua lagi pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam Resurrection (1980) dan Requiem for a Dream (2000). Pada tahun 2013, beliau dimasukkan ke dalam American Theatre Hall of Fame.[1]

Ellen_Burstyn

Pekerjaan Pelakon
Pasangan
  • William Alexander (k. 1950–1957)
  • Paul Roberts (k. 1958–1961)
  • Neil Burstyn (k. 1964–1972)
Anak 1
Tahun aktif 1958–sekarang
Nama lain Ellen McRae
Warganegara Amerika Syarikat
Pendidikan Sekolah Tinggi Teknikal Cass
Kelahiran Edna Rae Gillooly
(1932-12-07) 7 Disember 1932 (umur 87)
Detroit, Michigan, A.S.