Kerjaya Elvina_Mohamad

Elvina mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? (2018)[4] dan sejak itu mula aktif berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem.

Elvina muncul dalam drama Cinta Si Wedding Planner dan Suamiku Paling Sweet sebagai watak pembantu. Seterusnya, beliau berlakon dalam drama bertajuk Shhh... I Love You sebagai watak utama. Ketiga-tiga drama tersebut disiarkan di Slot Akasia TV3.

Selain itu, beliau juga membintangi drama bertajuk Jojie Gigil yang ditayangkan di TV3 menerusi Slot Dahlia. Drama ini juga dapat ditonton terlebih dahulu di laman sesawang Tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3.

Kerjaya filem Elvina bermula pada 2016 apabila pelakon dan pengarah veteran Ahmad Idham menawarkan beliau berlakon dalam filem Mat Moto Otai yang dibintangi oleh Opie Zami, Eizlan Yusof dan Cat Farish.