Kerjaya Elya_Miera

Meskipun berkelulusan dalam bidang Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Elya Miera memutuskan untuk mengejar impiannya sebagai pelakon. Beliau diperkenalkan oleh Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen sebagai salah seorang pelakon filem Ratu The Movie yang turut dibintangi oleh Tasha Shilla dan Eina Azman.

Beliau mendapat peranan lakonan TV pertamanya menerusi drama Friday I'm In Love (2012), di mana beliau ialah salah seorang pelakon undangannya, memegang watak sebagai Laila Majnun. Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak Zara dalam drama adaptasi novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2017), yang dibintangi oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Beliau kemudiannya membintangi filem keduanya, Hijabsta Ballet (2017) yang dibintangi oleh Puteh Maimun, seterusnya muncul dalam enam episod drama Cinta Tiada Ganti (2018) sebagai Melissa.