Ema_Emyliana

Ema Emyliana merupakan sebuah siri drama remaja Malaysia 2013 arahan Azmi Hatta terbitan Orangetree Production, dibintangi oleh Eyka Farhana, Erynne Erynna dan Harris Alif. Ia mengisahkan seorang gadis remaja bernama Ema yang mempunyai rahsia besar iaitu mempunyai dua identiti yang berbeza di mana apabila menjadi Ema, beliau menjadi seorang remaja yang pemalu manakala apabila menjadi Emyliana, beliau menjadi seorang penyanyi yang lincah dan berjaya. Siri ini diterbitkan sebanyak 3 musim dan disiarkan di TV3 selama dua tahun berturut-turut bermula 13 November 2013 dan berakhir pada 24 Jun 2015.[1]

Ema_Emyliana

Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Sadupal Kaur
Pengarah Azmi Hatta
Penerbit
  • Jaspal S. Korotana
  • Ruhazmi Hamzah
Syarikat penerbitan Orangetree Production
Tempoh siaran 23 minit
Siaran asal 13 November 2013 – 24 Jun 2015
Bilangan episod 54
Penyunting
  • Raja Fattah
  • Kuljit Singh
  • Azzalina Anuar
  • Loy Zami
Dibintangi oleh
Genre Drama
Ditulis oleh Amin Nasir Shakib
Bilangan musim 3
Saluran asal TV3