Kerjaya Eman_Manan

Beliau pertama kali memijakkan kakinya dalam bidang lakonan pada 1981 menerusi filem Tsu Feh Sofiah arahan Datuk Rahim Razali ketika beliau berusia 23 tahun. Beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Rahim menerusi dua lagi filem, Matinya Seorang Patriot (1984) dan Puteri (1987).

Pada tahun 1990, Eman membintangi drama pertamanya ialah Marlia. Lapan tahun kemudian, beliau berlakon di samping Rosyam Nor (kini Datuk) dan Nina Juren (kini Datin) menerusi filem Lenjan, arahan Ismail Yaacob. Menerusi watak Amir, beliau berjaya menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 1998.[2]

Eman paling dikenali menerusi gandingannya bersama Betty Banafe dalam filem drama Buai Laju-Laju arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan pada 9 September 2004. Persembahannya dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17.[3]