Kerjaya Eminem

Beliau membuat debut solonya dengan album berjudul "Infinite" pada tahun 1996. Ia dibuat mesra-radio kerana beliau mengharap agar ia dapat disiarkan di stesen-stesen radio di Detroit. Tetapi ia diabaikan kerana dia seorang berkulit putih manakala Hip Hop adalah genre orang kulit hitam. Salah seorang daripada mereka juga mengatakan kepada Eminem "Kau adalah budak kulit putih, mengapa kau tidak masuk sahaja Rock 'n' Roll?". Ini menyebabkan beliau begitu marah dan dari situlah terciptanya alter ego beliau yang terkenal, Slim Shady, yang membawa watak kepada rogol, dadah dan curi serta perkara yang negatif. Beliau memperkenalkan alter egonya melalui album The Slim Shady EP pada tahun 1997 dimana ia mendapat perhatian seorang rapper pantai barat yang terkenal iaitu Dr. Dre. Apabila Dr. Dre mendengar pembantunya memasang CD tersebut untuk beliau, dia berkata "Cari dia(Eminem), sekarang!". Beliau ditandatangani Dr. Dre melaui anak syarikat Interscope Records iaitu Afternath Records. Disitu, Eminem memulakan kerja-kerja penulisan lirik dan rakaman untuk debut komersilnya yang berjudul "The Slim Shady LP". Album tersebut diterbit pada tahun 1999 dengan empat single iaitu Just Don't Give A Fuck, My Name Is, Role Model dan Guilty Conscience. My Name Is mendapat sambutan hangat dan peminat juga mengatakan bahawa ia adalah antara kerja-kerja terbaiknya. The Slim Shady LP telah diiktiraf 7xPlatinum oleh RIAA.