Emma_Stone
Emma_Stone

Emma_Stone

Emily Jean Stone atau lebih dikenali sebagai Emma Stone (lahir 6 November 1988) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Merupakan salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia pada 2015, Stone telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA, dan tiga Anugerah Screen Actors Guild. Beliau muncul di Forbes Celebrity 100 pada 2013 dan Time 100 pada 2017, dan disifatkan oleh media sebagai pelakon wanita paling berbakat di generasinya.Dilahirkan di Scottsdale, Arizona, Stone memulakan kerjaya lakonannya sejak zaman kanak-kanaknya menerusi penerbitan teater The Wind in the Willows pada 2000. Di usia remajanya, beliau berpindah ke Los Angeles bersama ibunya, dan membuat kemunculan sulungnya di televisyen menerusi In Search of the New Partridge Family di VH1, selepas beberapa peranan kecil di televisyen, Stone membuat penampilan filem sulungnya dalam filem Superbad (2007) dan mendapat perhatian media secara meluas dan positif menerusi peranannya dalam filem Zombieland (2009). Filem komedi remaja 2010 Easy A merupakan lakonan pertama Stone dan melayakkan beliau menrima pencalonan bagi Anugerah Bintang Bersinar BAFTA dan Anugerah Golden Globe bagi Pelakon Wanita Terbaik. Kejayaan ini diikuti oleh filem komedi romantik paling berjaya Crazy, Stupid, Love (2011) dan bahagian peranan dalam filem drama The Help (2011). Stone meraih pengiktirafan secara meluas menerusi watak Gwen Stacy dalam filem The Amazing Spider-Man (2012) dan kesinambungannya pada 2014. Stone telah dicalonkan di Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi peranan beliau sebagai seorang penagih dadah yang pulih dalam filem komedi drama gelap Birdman (2014). Pada 11 November tahun yang sama, beliau membuat penampilan Broadway pertamanya sebagai Sally Bowles dalam pementasan muzikal Cabaret. Stone memenangi Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA, dan Anugerah Golden Globe bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak seorang pelakon yang bercita-cita dalam filem muzikal paling berjaya, La La Land (2016).

Rujukan

WikiPedia: Emma_Stone http://www.fhm.com.au/view_image.htm?index=62&gid=... http://www.27east.com/story_detail.cfm?id=181848 http://www.accesshollywood.com/article/9785/rising... http://www.accesshollywood.com/galleries/moviefone... http://www.accesshollywood.com/videos/emma-stone-o... http://www.adweek.com/fishbowlny/2012-video-game-a... http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=%7B%7... http://www.askmen.com/celebs/women/celeb_profiles_... http://www.askmen.com/specials/2011_top_99/32-emma... http://www.askmen.com/specials/2012_top_99/6-emma-...