Biografi Emma_Watson

Kehidupan awal

Emma Watson merupakan anak sulung daripada dua beradik kepadaChris dan Jacqueline Watson, peguam yang kini bercerai. Adik lelakinya bernama Alex. Sebagai gadis muda, Watson tinggal bersama keluarganya di Oxford, Englanddan di Paris, Perancis. Dia menghadiri The Dragon School, Sekolah Persediaan terkenal di Oxford.

Sebelumberlakon dalam filem Harry Potter, pengalaman berlakon Watson terhad, hanya peranan kecil dalam lakonan sekolah termasuk Arthur: The Young Years dan The Happy Prince. Aktiviti sekolah lain termasuk Daisy Pratt Poetry Competition. Pada usia tujuh tahun, dia memenangi tempat pertama bagi usianya.

Pada Mei 2010, Emma dikatakanmendapat tawaran sebagai pelakon utama untuk filem The perks of Being a Wallflower dan bermula pada tahun 2011 filem itu mulakan penggambaran dan disiarkan di layar perak pada tahun 2012. Beliau juga berlakon didalam pelbagai filem seperti the Bling Ring (2013), This is The End (2013), Noah (2014), danbanyak lagi. Pada Oktober 2013, beliau telah dipilih sebagai “Women of the Year” oleh majalah GQ.

Dunia Permodelan

Pada tahun 2008, Akhbar British mengatakan Emma akan menggantikan Kiera Knightley sebagai wajah Chanel, tetapi kedua-dua belah pihak menafikan dakwaan tersebut. Pada Jun 2009, Emma telah menandatangani kontrak bersama Burberry sebagai duta fesyen tersebut bagi musim luruh/salji dan dia dikatakan menerima bayaran sebanyak enam angka. Beliau juga muncul sebagai wajah Burberry pada tahun 2010 sewaktu musim panas bersama abangnya, Alex. Pada bulan Februari, beliau memenangi anugerah Ikon Stail bagi majalah terkemuka British, Elle oleh Dame Vivienne Westwood. Emma Watson terus menjadi model berkaliber apabila menandatangani kontrak bersama syarikat kosmetik Lancome pada Mac 2011.

Emma Watson.

Pelajaran

Emma Watson bukanlah seorang artis yang hanya menjual wajah untuk berjaya, tetapi beliau merupakan salah seorang artis yang mementingkan pelajaran. Setelah tamat sekolah menengah, Emma memilih untuk menyambung pelajaran di University Brown yang terletak di Kepulauan Rhode. Tetapi, untuk menghabiskan pelajaran dengan kerjaya lakonan membuatkan Emma terpaksa menghentikan seketika pelajaran atas dasar tumpuan terhadap kerja yang banyak. Beliau juga menjadi pelajar sambilan di Worcester College, Oxford pada tahun 2011 sehingga tahun 2012. Emma sewaktu diwawancara oleh Ellen Degeneres, memberitahu bahawa beliau akan bergraduat dalam tempoh yang terdekat dan terpaksa mengambil masa yang agak lama iaitu 5 tahun lebih setahun daripada masa yang sepatutnya disebabkan kerjaya yang menganggu. Pada 25 Mei 2014, Emma mengumumkan di laman twitter beliau bahawa beliau sudah berjaya menghabiskan sarjana mudanya sambil mengeposkan gambar beliau sedang berkonvokesyen. Pada tahun 2013, beliau juga menjadi seorang pakar yoga dan meditasi. Beliau memberitahu majalah Elle Australia bahawa ketenangan diri hanya dapat dicapai apabila seseorang selesa dan tahu bagaimana mengawal perasaan dan beliau tidak boleh bergantung kepada sesuatu kawasan melainkan dirinya!

Kerja Kesukarelawan

Merupakan seorang yang peka terhadap isu semasa, Emma Watson telah mempromosikan betapa pentingnya pelajaran kepada warga Bangladesh dan Zambia ketika mengadakan lawatan di sana. Pada Julai 2014, beliau dilantik sebagai Duta Wanita oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu. Pada September tahun yang sama, beliau telah mendapat standing ovation (tepukan berdiri) setelah menyampaikan ucapan yang menekankan hak-hak wanita di ibu pejabat PBB bertempat di New York. Emma juga membantu kempen HeForShe iaitu kempan mengangkat hak wanita agar sama dengan lelaki. Pada bulan September 2014, Emma telah membuat lawatan rasmi sebagai duta wanita PBB di Uruguay dan menyampaikan ucapan tentang hak-hak wanita.