Emmeline_Pankhurst
Emmeline_Pankhurst

Emmeline_Pankhurst

Emmeline Pankhurst (nama lahir Emiline Goulden; 15 Julai 1858 - 14 Jun 1928) adalah seorang aktivis politik British. Beliau terlibat dalam mendorong pergerakan memperjuangkan kaum wanita negara tersebut mendapatkan hak mengundi mereka sendiri. Pendekatan beliau yang cenderung militan dan radikal menjadikan beliau sering dikritik secara meluas untuk taktik militannya, dan para sejarawan tidak bersetuju dengan keberkesanannya, penggiatannya diakui sebagai antara unsur penting dalam mendapatkan hak mengundi sejagat yang diingini untuk kaum wanita United Kingdom.[1][2]