Emna_Mizouni
Emna_Mizouni

Emna_Mizouni

Emna Mizouni (bahasa Arab: آمنة الميزوني, lahir 1987) ialah seorang aktivis hak asasi manusia, wartawan bebas, pakar komunikasi dan eksekutif perniagaan Tunisia. Selepas berjaya membantu menyiapkan RightCon Tunis, pada Julai 2019 beliau dilantik untuk berkhidmat di lembaga pengarah global Access Now, kumpulan hak asasi manusia antarabangsa yang ditujukan untuk internet terbuka.[1][2] Pada Mac 2013, Mizouni menjadi salah seorang pengasas Carthagina, sebuah inisiatif yang dirancang untuk mencipta kepentingan dalam peninggalan budaya Tunisia di dalam dan luar negeri.[3][4] Pada Ogos 2019, dalam Persidangan Wikimedia di Stockholm, beliau dipilih sebagai Wikimediawan Tahun Ini atas jasanya dalam pembagunan komuniti Arab dan Afrika serta kejayaannya dalam mempromosikan sejarah dan budaya Tunisia.[5]