Empangan_Chenderoh

Koordinat: 4°57′40″N 100°58′42″E / 4.961°N 100.9782°E / 4.961; 100.9782Empangan Chenderoh adalah empangan hidroelektrik dan stesen kuasa hidroelektrik yang tertua di Malaysia. Empangan ini terletak 10 km di Utara Kuala Kangsar. Perasmian pada 28 Jun 1930 oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Cecil Clementi. Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah dan lain-lain pembesar turut hadir.Pembinaan bermula pada 1928 dan siap pada 1930. Kosnya hampir $20 juta , dijalankan oleh syarikat 'The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited'. Panjangnya empangan ini ialah 640 kaki dan tingginya 90 kaki. Keupayaannya boleh mengeluarkan 31 ribu kilowatts tenaga eletrik. Tujuan asalnya bagi memudahkan industri perlombongan bijih timah di Lembah Kinta. Ekoran banjir dahsyat pada 1897 dan tahun 1926 di Sungai Perak juga memerlukan sebuah empangan .Empangan ini mampu menakung 50 juta gelen air dan membentuk sebuah tasik buatan manusia seluas 10 batu persegi. Tasik ini telah menenggelamkan banyak sawah padi ,dusun buah-buah serta perkampungan Melayu dan Orang Asli seperti Kampung Beng dan Kampung Batu Ring.Ikan-ikan yang hidup di dalam tasik ini boleh menambahkan mata pencarian penduduk-penduduk yang tinggal di daerah tersebut.[1]