Empayar_Hakhamaniyah
Empayar_Hakhamaniyah

Empayar_Hakhamaniyah

Empayar Hakhamaniyah atau Wangsa Hakhamaniyah (Bahasa Parsi Lama: 𐎧𐏁𐏂, Xšāça 'Empayar,[1] 'Kerajaan'[2] atau Hakhāmanishiya; moden: شاهنشاهی هخامنشی‎ Shahenshahi Hakhâmaneshi; sekitar 559 SM - 338 SM) adalah empayar Parsi pertama yang memerintah Iran dan negara negara sekitarnya, termasuk Afghanistan, Pakistan, Turki Barat, Iraq, Arab Saudi Utara, Palestin, Jordan, Israel dan Lebanon. Keluasan empayarnya dianggarkan seluas 7.5 juta km persegi.Nama Hakhamaniyah berasal daripada pengasas empayar ini Hakhamanis, tetapi teori ini diperdebatkan oleh sejarahwan sehingga ke hari ini. Hakhamanis pada mulanya adalah sebuah negeri naungan Empayar Medes, tetapi negeri ini berkembang dan berjaya menumpas dan mengakhirkan pertuanan Medes. Empayar Hakhamaniyah kemudiannya berkembang sehingga ke Mesir dan menawan hampir ke semua jajahan Yunani. Namun begitu, wangsa Hakhamaniyah diakhiri Iskandar Agung dari Yunani. Antara raja terkenal yang juga dianggap pengasas Wangsa ini yang benar ialah Cyrus Agung.Empayar Hakhamaniyah merupakan sebuah empayar yang diasaskan oleh Cyrus Agung (r. c. 585–c. 529 B.C.E.). Pada kemuncak kekuasaannya pada Kurun ke-lima B.C.E. Empayar Hakhamaniyah pernah menguasai kawasan yang terbentang dari Albania di sebelah Barat sehingga ke Taxila dan mengikuti Lembah Indus di sebelah Timur, dan dari Laut Aral sehingga ke Cyrene di Libya moden, termasuk Asia Barat dan Mesir.Empayar Hakhamaniyah dipecahkan menurut Wilayah. Di sebelah timur ia termasuk, dari utara sehingga ke selatan, Khwarizm selatan Laut Aral, Sogdiana di muara Sungai Syr Dar’ya, Arachosia dan Gedrosia di Baluchistan, dan Bactria, Margiana, dan Gandhara di Afghanistan. Penaklukan ini dirangsang oleh keinginan Cyrus bagi sempadan yang stabil menghadapai Scythians, dan juga keinginan kepentingan imperial bagi merampas dan menguasai jajahan. Polisinya termasuk mengasaskan penempatan di sempadan, yang mana bandar Cyropolis yang terletak di lembah Sungai Syr Dar’ya paling terkenal. Pada akhir kurun ke-enam B.C.E., raja yang menggantikannya, Darius Agung (r. 522–489 B.C.E.), memimpin kempen di timur yang dikatakan sampai ke persisiran Laut Aral. Dalam beberapa tahun yang berselang,pihak Parsi menakluk kawasan yang kini utara Pakistan, dan tentera dari provinces timur menjadi penting dalam tentera Hakhamaniyah. Empayar ini berakhir dengan kekalahan Darius III pada ALEXANDER THE GREAT dalam Pertempuran Gaugamela (Iraq moden) pada tahun 331 B.C.E.

Empayar_Hakhamaniyah

• Penaklukan Mesir oleh Cambyses II 525 BCE
• Ditakluk semasa Perang Alexander Agung 330 SM
• Didirikan ca. 550 SM
• Darius III dibunuh oleh Bessus 330 BCE
Maharaja  
• Kekalahan Empayar Achaemenid oleh Alexander Agung 334 BCE–330 BCE
Era Sejarah Sejarah purba
Agama Zoroastrianisme
Ibu negara Pasargadae, Ecbatana, Persepolis, Susa, Babylon
• Penaklukan semula Mesir oleh Artaxerxes III 343 BCE
Kerajaan Monarki
Sekarang sebahagian dari  Afghanistan
 Armenia
 Azerbaijan
 Bulgaria
 Cyprus
 Mesir
 Georgia (negara)
 Yunani
 Iran
 Iraq
 Israel
 Jordan
 Kuwait
 Lubnan
 Libya
 Macedonia Utara
 Pakistan
 Syria
 Turki
 Turkmenistan
 Uzbekistan
• Perang Greco-Parsi 498–448 BCE
Mata wang Daric dan Siglos
• 559 BCE–529 BCE Cyrus II Agung
Bahasa yang umum digunakan Parsi Kuno, Imperial Aramaik, Elamite, Akkadia
• 336 BCE–330 BCE Darius III
• Pembinaan bermula di Persepolis 515 BCE

Rujukan

WikiPedia: Empayar_Hakhamaniyah http://www.livius.org/aa-ac/achaemenians/achaemeni... http://www.iranica.com/articles/cispis-opers http://www.livius.org/be-bm/behistun/behistun01.ht... http://www.livius.org/aa-ac/achaemenians/inscripti... http://www.iranchamber.com/art/articles/art_of_ach... http://persepolistablets.blogspot.com/ http://www.persianempire.info/AchaemenidArchitectu... http://en.tarikhema.ir/ http://en.tarikhema.ir/category/ancient/ancient-ir... http://en.tarikhema.ir/category/ancient/ancient-ir...