Empayar_Mexico_Pertama
Empayar_Mexico_Pertama

Empayar_Mexico_Pertama

Empayar Mexico Pertama merupakan nama rasmi bagi Mexico yang merdeka di bawah rejim monarki bermula pada tahun 1821 sehingga tahun 1823. Wilayah Empayar Mexico termasuk provinsi-provinsi Kewizuraian Sepanyol Baru serta bekas Pemerintahan Kapten Jeneral Guatemala. Selepas pengistiharan kemerdekaan pada 27 September, 1821, menjadi tujuan parlimen Mexico bagimewujudkan sebuah komonwel di mana Raja Sepanyol, Ferdinand VII, akan menjadi Maharaja Mexico, akan tetapi kedua-dua negara akan ditadbir oleh undang-undang yang berasingan dengan pegawai perundangan masing-masing. Sekiranya raja menolak kedudukan ini, undang-undang membenarkan ahli Kerabat Bourbon untuk menaiki takhta Mexico. Walau bagaimanapun, Ferdinand VII tidak mengakui kemerdekaan negara ini dan mengatakan bahawa Sepanyol tidak membenarkan mana-mana putera Eropah mengambil takhta Mexico. Berdasarkan permintaan Parlimen negara tersebut, Agustín de Iturbide dari Mexico ditabalkan sebagai Maharaja Mexico.