Bandar_Raya_Mexico
Bandar_Raya_Mexico

Bandar_Raya_Mexico

Bandaraya Mexico atau Kota Mexico (Bahasa Sepanyol: Ciudad de México) ialah Wilayah Persekutuan (Bahasa Sepanyol: Distrito Federal), ibu negara dan bandaraya terbesar negara Mexico.[1] Ia juga bandaraya terbesar di benua Amerika dan kawasan metropolitan ketiga teramai penduduknya, selepas Tokyo dan Seoul. Ia merupakan entiti persekutuan dalam Mexico yang tidak menganggotai mana-mana 31 negeri Mexico, sebaliknya hakmilik seluruh persekutuan. Bandar Raya Mexico merupakan pusat politik, kebudayaan, pendidikan dan kewangan yang paling penting di negaranya.Bandar raya ini merupakan salah sebuah pusat kewangan terpenting di Amerika Utara[2] dengan taraf bandar raya global "alpha"[3] yang terletak di Lembah Mexico, sebuah lembah besar di kawasan penara tinggi di tengah-tengah negara Mexico, pada aras tinggi 2,240 meter (7,350 kaki). Bandaraya ini terbahagi kepada 16 daerah.Pada tahun 2009, kawasan Bandar Raya Mexico sebenar diduduki oleh sekitar 8.84 juta orang[4] di atas kawasan seluas 1,485 kilometer persegi (573 bt2).[5] Menurut takrifan paling terkini yang dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dan negeri, jumlah penduduk kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico ialah 21.2 juta orang,[4], menjadikannya kawasan metropolitan terbesar di rantau Amerika dan pengelompokan bandar kelima terbesar di dunia.[6]Bandaraya Mexico sahaja mencatatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$390 bilion pada tahun 2008, oleh itu merupakan bandaraya kelapan paling kaya di dunia. Jika diambil kiranya seluruh kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico, termasuk pusat perindustrian besar dalam zon metropolitan, KDNK kasar untuk seluruh kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico adalah $531.4 bn.[7] Bandaraya Mexico sahaja menjana 21% KDNK negara Mexico pada $390 bn, manakala kawasan metropolitan pula menyumbangkan 34% jumlah KDNK negara dengan $531.4 bn.[8] Tepat pada tahun 2010, bandaraya sahaja mencatat KDNK per kapita sebanyak $47,396, berbanding dengan kawasan metropolitan yang pendapatan nominal per kapitanya hanya $29,258.[9]Bandar raya ini asalnya dibina di atas sebuah pulau di Tasik Texcoco dengan nama Tenochtitlan oleh kaum Aztek pada tahun 1325. Kota lama ini hampir ranap sampai habis dalam apabila diserang pada tahun 1521, tetapi kemudiannya direka dan dibina semula berlandaskan piawaian pembandaran Sepanyol. Pada tahun 1524, ditubuhkannya perbandaran yang bernama México Tenochtitlán,[10] dan pada tahun 1585 ia diberi gelaran rasmi La Ciudad de México (Bandar Raya Mexico).[10] Bandar Raya Mexico berfungsi sebagai pusat politik, pentadbiran dan kewangan sebahagian besar empayar jajahan Sepanyol.[11] Selepas tercapainya kemerdekaan dari Sepanyol, Wilayah Persekutuan terbentuk pada tahun 1824.Setelah bertahun-tahun menuntut autonomi politik yang lebih besar, pada tahun 1997, para warga kota akhirnya diberi hak untuk mengundi Ketua Kerajaan dan para wakil Dewan Undangan yang ekadewan.[12]

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_Mexico http://www.sbg.ac.at/ipk/avstudio/pierofun/mexico/... http://www.aeropuertosmexico.com/DF/aptoDFes.htm http://banamex.com/esp/pdf_bin/esem/df-irae-0209.p... http://www.city-data.com/world-cities/Mexico-City-... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.emporis.com/en/wm/ci/?id=101008 http://www.esmas.com/noticierostelevisa/mexico/443... http://www.esmas.com/noticierostelevisa/terremoto/... http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_i... http://www.lcbmexico.com/cm1.cfm?fid=107&lang=2