Budaya Bandar_Raya_Mexico

Media

Bandar Raya Mexico merupakan pusat industri televisyen, muzik dan perfileman utama di Amerika Latin, dan juga pusat industri media cetakan dan penerbitan buku terpenting di Mexico. Berpuluh-puluh surat khabar harian diterbitkan di kota ini, termasuk El Universal, Excélsior, Reforma dan La Jornada, tidak lupa juga Milenio, Crónica, El Economista dan El Financiero. Majalah utama pula termasuk Expansión, Proceso, Poder, dan puluhan terbitan hiburan seperti Vanidades, Quién, Chilango, TV y Novelas, serta versi tempatan Vogue, GQ, dan Architectural Digest.

Dua syarikat media terbesar di dunia berbahasa Sepanyol, Televisa dan TV Azteca, beribu pejabat di Bandar Raya Mexico, dan menerima persaingan dari rangkaian tempatan yang lain seperti Canal 11, Canal 22, Cadena Tres, Teveunam dan 11 saluran capaian percuma.

Bandar Raya Mexico juga pusat peneraju industri pengiklanan. Sebilangan besar firma pengiklanan antarabangsa membuka pejabat di sini, termasuk Grey, JWT, Leo Burnett, Euro RSCG, BBDO, Ogilvy, Saatchi & Saatchi, dan McCann Erickson. Sektor ini juga diisi oleh banyak firma tempatan, seperti Alazraki, Olabuenaga/Chemistri, Terán, Augusto Elías, dan Clemente Cámara, dan lain-lain.

Terdapat 60 stesen radio yang beroperasi di bandaraya dan banyak lagi rangkaian pemancaran radio komuniti setempat.

Muzik, teater dan hiburan

OFUNAM di Sala NezahualcóyotlPalacio de los DeportesPerpustakaan José Vasconcelos di Bandar Raya MexicoPiramid Teotihuacan


Bandar raya ini merupakan pusat kebudayaan dan muzik popular. Terdapat bermacam-macam tempat yang menganjurkan persembahan muzik berbahasa Sepanyol mahupun bahasa lain. Antaranya, Auditorium Negara 10,000 kerusi yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran artis pop dan rock ternama yang berbahasa Sepanyol dan Inggeris, serta ramai kumpulan seniman terhandal di dunia. Tempat-tempat lain yang tidak kurang hebatnya untuk persembahan pop termasuk Teatro Metropolitan, Palacio de los Deportes, dan Stadium Foro Sol.

Centro Nacional de las Artes (Pusat Kesenian Negara) di bahagian selatan Bandar Raya Mexico, juga menyediakan tempat acara muzik, teater dan tarian. Kampus utama UNAM, juga di bahagian selatan bandaraya, merupakan pangkalan Centro Cultural Universitario (CCU, Pusat Kebudayaan Universiti). The CCU also houses the National Library, the interactive Universum, Museo de las Ciencias,[78] the Sala Nezahualcóyotl concert hall, several theatres and cinemas, and the new University Museum of Contemporary Art (MUAC).[79]

Masakan

Gringa merupakan masakan tempatan Bandar Raya Mexico yang terdiri daripada daging, keju dan sos yang diisi diapit dengan dua helai tortilla tepung lalu dimasak.

Bandar Raya Mexico menawarkan beraneka pengalaman jamu selera di mana terdapat banyak restoran yang mengkhusus masakan setempat 31 negeri di Mexico, di samping juga kedai makan yang menawarkan berbagai-bagai masakan antarabangsa.Bandar Raya Mexico ialah salah sebuah daripada sebilangan kecil bandaraya di dunia yang mempunyai sekolah memasak dan restoran Le Cordon Bleu sekali.[80] Kampusnya didirikan atas perkongsian[81] dengan Universiti Anahuac;[82] kedua-duanya bersama mengurniakan Sijil Le Grand Diplôme berprestij kepada para penuntutnya yang cemerlang.[83] Restoran Perancis/Mexico[84] yang diuruskan oleh maktab tersebut terletak di Avenida de los Insurgentes dan bernama Le Cordon Bleu Casa de Francia, sebuah restoran mewah yang dibuka dalam bekas wisma Kedutaan Perancis di Bandar Raya Mexico.[85]

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_Mexico http://www.sbg.ac.at/ipk/avstudio/pierofun/mexico/... http://www.aeropuertosmexico.com/DF/aptoDFes.htm http://banamex.com/esp/pdf_bin/esem/df-irae-0209.p... http://www.city-data.com/world-cities/Mexico-City-... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.emporis.com/en/wm/ci/?id=101008 http://www.esmas.com/noticierostelevisa/mexico/443... http://www.esmas.com/noticierostelevisa/terremoto/... http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_i... http://www.lcbmexico.com/cm1.cfm?fid=107&lang=2