Kesihatan Bandar_Raya_Mexico

Ibu pejabat IMSS di Bandar Raya Mexico

Di Bandar Raya Mexico letaknya antara hospital swasta terunggul di negara; antaranya Hospital Ángeles, Hospital ABC dan Médica Sur. Institusi penjagaan kesihatan awam negara untuk pekerja sektor swasta, IMSS, mendirikan kemudahan utamanya di Bandar Raya Mexico, termasuk Pusat Perubatan Negara dan Pusat Perubatan La Raza, dan mendapat belanjawan tahunan lebih 6 bilion peso. IMSS dan institusi-institusi kesihatan awam lain, termasuk ISSSTE (Institut Keselamatan Sosial Pekerja Sektor Awam) dan Kementerian Kesihatan Negara (SSA) turut mendirikan kemudahan perubatan besar di ibu kota, antaranya Institut-Institut Negara untuk Kardiologi, Nutrisi, Psikiatri, Onkologi, Pediatrik, Pemulihan dan sebagainya.

Bank Dunia telah menaja sebuah projek pembasmian pencemaran udara melalui peningkatan pengangkutan awam, sementara kerajaan Mexico mula menutup kilang-kilang yang didapati banyak mencemar. Mereka telah melupuskan bas diesel serta memandatkan kawasan bahan cemar baru bagi kereta baru; mulai tahun 1993, semua kereta baru mesti dipasangkan penukar bermangkin yang mengurangkan pelepasan bahan cemar. Trak pula hanya boleh menggunakan gas petroleum cair (LPG).

Selain itu, pembinaan sistem rel bawah tanah dimulakan pada tahun 1968 untuk membantu membasmi masalah pencemaran udara serta meringankan kesesakan lalulintas. Kini, landasannya berjumlah 201 km panjangnya dan mengangkut lebih 5 juta orang sehari. Tambangnya dikekalkan rendah supaya orang ramai digalakkan menggunakan sistem rel ini. Tren menjadi teramat sesak ketika waktu puncak sehingga pihak berkuasa menyediakan gerabak khas untuk wanita.

Berkat dari usaha-usaha sebegini, kualiti udara di Bandar Raya Mexico kian meningkat, apabila udaranya semakin bersih berbanding tahun 1991, apabila kualiti udara diisytiharkan sebagai ancaman kesihatan awam sepanjang 355 hari dalam setahun.

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_Mexico http://www.sbg.ac.at/ipk/avstudio/pierofun/mexico/... http://www.aeropuertosmexico.com/DF/aptoDFes.htm http://banamex.com/esp/pdf_bin/esem/df-irae-0209.p... http://www.city-data.com/world-cities/Mexico-City-... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.emporis.com/en/wm/ci/?id=101008 http://www.esmas.com/noticierostelevisa/mexico/443... http://www.esmas.com/noticierostelevisa/terremoto/... http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_i... http://www.lcbmexico.com/cm1.cfm?fid=107&lang=2