Penukar_bermangkin
Penukar_bermangkin

Penukar_bermangkin

Penukar bermangkin, juga dikenali sebagai pemangkin asap (bahasa Inggeris "catalytic converter") adalah alat yang dipasang pada sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan toksik di dalam asap ekzos seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon tak terbakar. Pemasangan penukar bermangkin mula diwajibkan di Amerika Syarikat pada tahun 1975 bagi memenuhi keperluan piawaian emisi yang ketat di sana, dan kini boleh dikatakan kesemua model kereta baru serta kebanyakan model motosikal dipasang dengan penukar bermangkin.Penukar bermangkin berfungsi dengan menggunakan mangkin seperti platinum, paladium dan rodium untuk menukarkan gas-gas toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air.