Politik Bandar_Raya_Mexico

Wilayah Persekutuan


Akta Perlembagaan Persekutuan 13 Januari 1824 dan Perlembagaan Persekutuan 4 Oktober 1824[44] membetulkan susun atur politik dan pentadbiran Negeri-Negeri Mexico Bersatu selepas Perang Kemerdekaan Mexico. Selain itu, Seksyen XXVIII dari Perkara 50 memberikan hak kepada Kongres baru untuk memilih tempat letaknya pusat kerajaan persekutuan. Maka lokasi tersebut diperuntukkan sebagai tanah persekutuan yang ditadbir oleh kerajaan persekutuan selaku pihak berwajib tempatan. Dua calon utama untuk dijadikan ibu negra ialah Bandar Raya Mexico dan Querétaro.[45] Walau apapun, terutamanya atas desakan wakil rakyat, Servando Teresa de Mier, Bandar Raya Mexico dipilih kerana menjadi pusat kependudukan dan sejarah negara, walaupun Querétaro lebih dekat dengan pusat negara secara geografinya. Justeru itu, pilihan ini dirasmikan pada 18 November 1824, dan Kongres merancangkan kawasan permukaan seluas dua farsakh persegi (8,800 ekar) yang terpusat di Zócalo. Kemudian, kawasan berkenaan dipisahkan dari Negeri Mexico, maka kerajaan negeri itu terpaksa berpindah dari Istana Pasitan (kini Muzium Perubatan Mexico) di kota itu, ke Texcoco. Kawasan ini tidak merangkumi pusat kependudukan bandar-bandar Coyoacán, Xochimilco, Mexicaltzingo dan Tlalpan yang kekal dalam lingkungan Negeri Mexico.[45]

Pada tahun 1854, Presiden Antonio López de Santa Anna membesarkan kawasan Wilayah Persekutuan hampir lapan kali ganda dari 220 km2 (80 bt2) yang asalnya kepada 1,700 km2 (660 bt2), mengilhakkan kawasan-kawasan luar bandar dan pergunungan untuk melindungi kawasan genting yang strategik di selatan dan barat daya untuk melindungi kota daripada ancaman luar (memandangkan Perang Mexico-Amerika Syarikat baru sahaja berlalu). Perubahan terakhir pada sempadan Wilayah Persekutuan dibuat pada tahun 1898 hingga 1902, untuk mengurangkan keluasannya kepada 1,479 km2 (571 bt2) dengan melaraskan sempadan selatan dengan negeri Morelos. Ketika itu, terdapat sejumlah 22 kawasan perbandaran dalam lingkungan Wilayah Persekutuan.

Walaupun Wilayah Persekutuan diperintah oleh kerajaan persekutuan melalui seorang gabenor yang dilantik, namun pihak-pihak berwajib perbandaran di dalamnya berkuasa autonomi, maka keduaan kuasa ini menimbulkan pertelagahan antara pihak perbandaran dan kerajaan persekutuan selama lebih seabad. Pada tahun 1903 sahaja, Porfirio Díaz banyak mengurangkan kuasa penguasa perbandaran di dalam Wilayah Persekutuan. Akhirnya, pada Disember 1928, kerajaan persekutuan memutuskan untuk membubarkan semua perbandaran di dalam Wilayah Persekutuan. Sebagai ganti sistem perbandaran, Wilayah Persekutuan dibahagikan kepada satu “Jabatan Pusat” dan 13 delegaciones (daerah) yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Wilayah Persekutuan. Jabatan Pusat ini disepadukan oleh bekas perbandaran was Bandar Raya Mexico, Tacuba, Tacubaya dan Mixcoac.

Pada tahun 1941, daerah Jeneral Anaya digabungkan dengan Jabatan Pusat yang kemudiannya dinamakan semula "Bandar Raya Mexico" (maka namanya dipulihkan, tetapi tidak pula perbandaran autonomi itu). Pada tahun 1941 hingga 1970, Wilayah Persekutuan terbahagi kepada 12 delegaciones dan Bandar Raya Mexico. Pada tahun 1970, Bandar Raya Mexico pula dibahagikan kepada empat delegaciones berbeza, iaitu Cuauhtémoc, Miguel Hidalgo, Venustiano Carranza dan Benito Juárez, maka jumlah delegaciones bertambah kepada 16. Semenjak itu, seluruh Wilayah Persekutuan yang terbentuk menjadi sebuah kawasan bandar yang tunggal hasil pergabungan kesemua delegacionesnya, sudah dianggap bersinonim dengan Bandar Raya Mexico secara de facto. Bagaimanapun, tiadanya ketetapan de jure meninggalkan satu kekosongan undang-undang yang menimbulkan perbahasan yang tandus sama ada berlakunya satu konsep menelan yang lain ataupun konsep Bandar Raya Mexico sudah tidak wujud lagi. Pada tahun 1993, situasi ini dileraikan oleh pindaan pada Perkara 44 Perlembagaan, yang mana Bandar Raya Mexico disamakan dengan Wilayah Persekutuan. Pindaan ini kemudiannya diperkenalkan dalam perkara kedua Statut Kerajaan Wilayah Persekutuan.[46]

Struktur politik

Istana Kebangsaan Mexico."Palacio de Ayuntamiento" yang terletak di sudut barat daya Zócalo, telah menjadi pusat kerajaan bandaraya sejak zaman penaklukan Sepanyol.Fail:F Mexico City panorama at nightfall.jpgZocalo pada waktu malam.

Wilayah Persekutuan tiada perlembagaan seperti negeri-negeri dalam Kesatuan, sebaliknya mempunyai sebuah Statut Kerajaan. Dalam perubahan terbaru dalam taraf autonomi, belanjawan diuruskan di peringkat setempat, yakni diusulkan oleh ketua kerajaan, kemudian diluluskan oleh Dewan Undangan. Meskipun begitu, Kongres Kesatuanlah yang menetapkan had maksimum hutang awam dalaman dan luaran yang dikeluarkan oleh Wilayah Persekutuan.[47]

Pilihanraya dan kerajaan

Pada tahun 2006, pilihanraya diumumkan untuk jawatan ketua kerajaan dan wakil-wakil Dewan Undangan. Ketua kerajaan dipilih untuk penggal 6 tahun tanpa peluang dipilih semula. Jawatan ini dianggap sebagai jawatan eksekutif kedua terpenting di negara.[48]

Dewan Undangan Bandar Raya Mexico terbentuk sama seperti dewan-dewan undangan lain di Mexico, dengan perwakilan tunggal dan berkadar sekali, menjadikannya sistem undian sejajar. Wilayah Persekutuan dibahagikan kepada 40 kawasan pengundian yang seimbang kependudukannya, dan setiap satunya memilih seorang wakil yang bergelar “timbalan uninominal” menerusi sistem pemenang undian terbanyak. Seluruh Wilayah Persekutuan itu sendiri membentuk sebuah kawasan pengundian tunggal yang diwakili oleh 26 “timbalan plurinominal” yang dipilih secara berkadar, sejajar dengan pemilihan 40 wakil setempat. Biarpun perkadaran terhad kepada perwakilan berkadar sahaja, namun ditentukannya beberapa batasan untuk mengelakkan berlakunya parti yang terlebih perwakilan, iaitu: setiap parti tidak boleh menguasai lebih 63% kerusi, baik uninominal mahupun plurinominal. Pada pilihanraya 2006, Parti Revolusi Demokratik meraih majoriti mutlak dalam pilihanraya uninominal langsung dengan memenangi 34 daripada 40 kerusi undian terbanyak. Oleh itu, PRD tidak diberikan kerusi plurinominal demi mematuhi undang-undang yang melarang perwakilan berlebihan. Dewan Undangan sekarang terdiri daripada:

Ketua Kerajaan Bandar Raya Mexico, Marcelo Ebrard.
Parti PolitikUndian
terbanyak
Perwakilan
berkadar
Total
Parti Revolusi Demokrasi31334
Parti Tindakan Negara9615
Parti Revolusi Institusi88
Parti Buruh55
Parti Hijau Ekologi Mexico33
Parti Perikatan Baru11
Jumlah402666

Sejak separuh akhir abad ke-20, pihak pentadbiran kerajaan Bandar Raya Mexico sering mengejar politik yang lebih liberal berbanding seluruh negara, sama ada dengan sokongan kerajaan persekutuan mahupun undang-undang yang baru diluluskan oleh Dewan Undangan. Pada tahun 2007, Wilayah Persekutuan menjadi entiti persekutuan kedua dalam negara yang meluluskan perkahwinan sama jantina, selepas negeri Coahuila, dan juga yang pertama untuk membenarkan lawatan konjugal untuk banduan homoseksual[49] Pada April 2007, Bandar Raya Mexico menjadi entiti persekutuan pertama yang mengizinkan pengguguran selain kes rogol dan sebab ekonomi, supaya si ibu boleh memohon pengguguran atas apa jua sebab sebelum minggu ke-12 kehamilannya.[50] Pada Disember 2009, Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya pertama di Amerika Latin yang menghalalkan perkahwinan sama jantina.

Daerah perbandaran

16 daerah perbandaran Bandar Raya Mexico

Untuk memudahkan pentadbiran, Wilayah Persekutuan terbahagi kepada 16 "delegaciones" atau daerah perbandaran. Walaupun tidak bersamaan sepenuhnya dengan kawasan perbandaran, namun kesemua 16 daerah ini telah menikmati kuasa autonomi yang mencukupi. Sejak tahun 2000, ketua kerajaan masing-masing dipilih secara langsung menerusi sistem undian terbanyak (sebelum ini, mereka dilantik oleh ketua kerajaan Wilayah Persekutuan). Memandangkan seluruh Bandar Raya Mexico diuruskan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan, kebanyakan perkhidmatan bandar dibekalkan atau disusun oleh Kerajaan Wilayah Persekutuan, bukannya pihak pentadbiran daerah masing-masing, sedangkan di negeri-negeri, perkhidmatan sedemikian ditawarkan oleh pihak perbandaran. 16 daerah perbandaran Wilayah Persekutuan adalah:

1. Álvaro Obregón
2. Azcapotzalco
3. Benito Juárez
4. Coyoacán
5. Cuajimalpa
6. Cuauhtémoc
7. Gustavo A. Madero
8. Iztacalco

9. Iztapalapa
10. Magdalena Contreras
11. Miguel Hidalgo
12. Milpa Alta
13. Tláhuac
14. Tlalpan
15. Venustiano Carranza
16. Xochimilco

Pemandangan barat

Daerah-daerah perbandaran ini terbentuk daripada ratusan colonias atau kejiranan yang tiada autonomi bidang kuasa atau perwakilan. Istilah “colonias” (koloni) ini mungkin timbul pada akhir abad ke-19, dan awal abad ke-20, apabila salah sebuah usaha pembangunan bandar terawal di luar teras kota diduduki oleh sebuah koloni Perancis.

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_Mexico http://www.sbg.ac.at/ipk/avstudio/pierofun/mexico/... http://www.aeropuertosmexico.com/DF/aptoDFes.htm http://banamex.com/esp/pdf_bin/esem/df-irae-0209.p... http://www.city-data.com/world-cities/Mexico-City-... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.emporis.com/en/wm/ci/?id=101008 http://www.esmas.com/noticierostelevisa/mexico/443... http://www.esmas.com/noticierostelevisa/terremoto/... http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_i... http://www.lcbmexico.com/cm1.cfm?fid=107&lang=2