Ekonomi Bandar_Raya_Mexico

Bursa Saham Mexico di Paseo de la Reforma, Bandar Raya MexicoPemandangan daerah kewangan Santa Fe

Bandar Raya Mexico ialah salah sebuah pusat ekonomi terkemuka di Amerika Latin. Kawasan ibu kota sahaja (Wilayah Persekutuan) menyumbangkan 21.8% daripada KDNK negara.[51] Menurut kajian yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers, Bandar Raya Mexico mencatatkan KDNK sebanyak $315 bilion, menjadikannya bandaraya kelapan terbesar di dunia selepas kotaraya Tokyo, New York, Los Angeles, Chicago, Paris, London dan Osaka/Kobe, dan juga yang terkaya di rantau Amerika Latin.[52][53][54] Justeru, Bandar Raya Mexico sahaja menjadi ekonomi ke-30 terbesar di dunia.[55]Bandar Raya Mexico ialah penyumbang terbesar kepada KDNK perindustrian negara (15.8%) dan juga penyumbang terbesar KDNK sektor perkhidmatan negara (25.3%). Disebabkan tanah luar bandar yang terhad di kawasan selatan yang banyak dilindungi oleh undang-undang alam sekitar, sumbangan Wilayah Persekutuan kepada sektor pertanian adalah yang terkecil di kalangan semua entiti persekutuan dalam negara.[51] Bandar Raya Mexico menikmati salah sebuah ekonomi yang paling pesat membangun di dunia dan KDNK-nya dijangkakan berganda menjelang tahun 2020.[56]

Jika diukurnya KDNK seluruh kawasan metropolitan, Bandar Raya Mexico ialah bandaraya terkaya di negara dan seluruh Amerika Latin. Mengikut Laporan Pembangunan Insan UNDP-MHDI 2009, Bandar Raya Mexico mencatat indeks 0.937, setanding dengan Republik Korea. Tahap perbelanjaan isi rumah di Bandar Raya Mexico menyaingi purata isi rumah di Jerman atau Jepun. Rumah tangga di ibu kota ada purata 3.7 orang ahli, kurang berbanding purata negara 4.0 orang.

Pembaharuan ekonomi yang dilakukan oleh Presiden Carlos Salinas de Gortari meninggalkan kesan yang besar kepada bandaraya ini, hasil penswastaan sebilangan perniagaan, termasuk bank. Beliau juga menandatangani Perjanjian Perdagangan Percuma Amerika Utara (NAFTA). Ini menyebabkan pemencaran[56] dan anjakan asas ekonomi Bandar Raya Mexico dari sektor perkilangan kepada perkhidmatan, setelah banyak kilang yang berpindah ke Negeri Mexico dan ke arah sempadan utara. Kerajaan juga menggalakkannya dengan insentif cukai dan peraturan alam sekitar baru untuk perkilangan dalam Wilayah Persekutuan.[57]

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_Mexico http://www.sbg.ac.at/ipk/avstudio/pierofun/mexico/... http://www.aeropuertosmexico.com/DF/aptoDFes.htm http://banamex.com/esp/pdf_bin/esem/df-irae-0209.p... http://www.city-data.com/world-cities/Mexico-City-... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.emporis.com/en/wm/ci/?id=101008 http://www.esmas.com/noticierostelevisa/mexico/443... http://www.esmas.com/noticierostelevisa/terremoto/... http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_i... http://www.lcbmexico.com/cm1.cfm?fid=107&lang=2